Majlis Perasmian Seminar Gangguan Di Tempat Kerja: Apa yang Patut Anda Tahu?

26 May 2016

Jabatan Khidmat Pelanggan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, PPUKM menganjurkan Majlis Perasmian Seminar Gangguan Di Tempat Kerja: Apa yang Patut Anda Tahu? pada 5 Mei 2016 bertempat di Auditorium HCTM PPUKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM.

Seminar dianjurkan dengan objektif untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan penceramah jemputan berhubung fokus terhadap gangguan yang dialami oleh kakitangan. Penceramah jemputan ialah YBhg Dato’ Mohd Haziq Pillay dari  Tetuan J S Pillay & Mohd Haziq dan  Puan Hanieza Fadzlina Yahya,  Pegawai Psikologi Jabatan Psikiatri HCTM PPUKM. Penceramah jemputan akan memberi gambaran yang kukuh mengenai skop tindakan yang perlu dilaksanakan oelah kakitangan apabila menghadapi situasi dan gangguan dalam persekitaran kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast