Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dengan UNIMAS

20 Oct 2015

18 Oktober 2015 (AHAD) – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dengan UNIMAS telah diadakan di Staff Lounge, Rumah Universiti, UNIMAS. Majlis ini diadakan bagi memeteraikan memorandum serta perjanjian antara pihak UKM dan UNIMAS bekerjasama dalam Penubuhan American Heart Association (AHA) Training Site di UNIMAS.

Kerjasama UKM dan UNIMAS telah bermula semenjak beberapa tahun lepas di mana UNIMAS telah mula menghantar pesertanya untuk menjalani latihan di PPUKM. Pada tahun 2014, lawatan kerja Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM, PPUKM telah diadakan oleh Training Centre Cordinator (TCC) ITC UKM ke UNIMAS dan dari situlah bermula usaha untuk menjadikan UNIMAS sebagai sebuah TS di Sarawak malah yang pertama di Kepulauan Borneo ini. Seramai 48 orang pelatih telah menjalani latihan AHA di UNIMAS dan hasilnya tiga orang jurulatih ACLS dan sembilan orang BLS telah dilahirkan atas kerjasama awal ini.

Training Site (TS) di UNIMAS adalah yang pertama bagi International Training Center (ITC) UKM dan juga Training Sites yang pertama  di Kepulauan Borneo. Penubuhan Training Site (TS) ini adalah untuk memberi kursus latihan dalam mengendalikan kecemasan kardiovaskular. Kematian disebabkan kecemasan kardiovaskular (cardiovascular emergency) seperti penyakit jantung koronari (coronary heart disease) dan stroke merupakan punca kematian nombor satu dan dua di Malaysia. Jumlah kematian akibat serangan jantung dilapor sebanyak 29,363 kes dan stroke 15,497 kes dan ini merupakan 35.3% kematian di Malaysia pada tahun 2014. Kepentingan mengetahui kaedah mempelajari dan tahu bagaimana mengendalikan kecemasan kardiovaskular merupakan sesuatu yang amat diperlukan kepada setiap masyarakat.

Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Asma Ismail Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Saudi Naib Canselor UNIMAS, naib-naib canselor, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Hospital canselor Tuanku Muhriz PPUKM, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, pegawai-pegawai kanan dan tetamu jemputan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast