Lawatan akademik delegasi Universitas Muhammadiyah Semarang (UNIMUS) Indonesia

11 Jan 2016

CHERAS, 6 Januari 2016-  Lawatan akademik delegasi Universitas Muhammadiyah Semarang (UNIMUS) Indonesia seramai  7 orang  diketuai oleh  Prof. Dr. H. Musrukhi M.Pd  Rektor UNIMUS, SpOG (K) Dr. Hj. Siti Moetmainnah Prihadi, Dekan Fakulti Perubatan UNIMUS serta kakitangan pada 6 Januari 2015 (Rabu) jam 9.00pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Komplek Pendidikan Perubatan Tuanku Ja’afar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM (HCTM PPUKM).  Objektif  lawatan UNIMUS adalah untuk menjadikan HCTM PPUKM sebagai penanda aras dalam menggabungkan fakulti perubatan dan hospital  serta berkolaborasi antara UNIMUS dan  HCTM PPUKM.

Kehadiran  delegasi telah disambut baik oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM, Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa, ketua jabatan Pendidikan Perubatan, Perpustakaan dan Ketua Pusat ASSC serta Endoskospi. Objektif perbincangan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan antara kedua-dua pihak serta lawatan di persekitaran HCTM PPUKM terutamanya di Perpustakaan, Klinik MAC, ASSC, dan Pusat Endoskopi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast