JEMPUTAN: Majlis ‘Charity Dinner- Malaysia Laryngectomee Association’

8 Jun 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Malaysia Laryngectomee Association (MLA) akan menganjurkan Charity Dinner pada 6 Julai 2018 (Jumaat) bertempat di Manhattan Ballroom Berjaya Time Square Hotel KL dengan objektif untuk mengumpulkan dana sumbangan bagi pesakit dan survivors kanser laring (Laryngectomees)

‘Laryngectomees’ adalah pesakit yang telah menjalani pembedahan pembuangan peti suara (laring) disebabkan kanser laring. Pembedahan ini mengakibatkan mereka kehilangan kebolehan untuk berkata-kata yang merupakan cara utama untuk berkomunikasi. Walaubagaimanapun, dengan menjalani rehabilitasi percakapan, mereka mampu untuk pulih dan berkomunikasi serta menjalani kehidupan senormal yang mungkin. Proses rehabilitasi suara ini memerlukan masa dan kos, terutamanya kos pembedahan dan alat-alat seperti peti suara tiruan dan peti suara robot.

Penubuhan MLA adalah sebagai wadah untuk laryngectomee memberi sokongan sesama sendiri bersama-sama dan sokongan daripada pihak doktor dan pakar terapi pertuturan. Aktiviti yang dilakukan ialah mengadakan pertemuan, perbincangan dan berkongsi pengalaman dalam menjalani pembedahan, petua dan cara menangani masalah yang berkaitan dengan kehilangan laring/ peti suara. Orang awam dan warga HCTM yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh merujuk lampiran yang disertakan di bawah:-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast