GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT HCTM

10 Dec 2019

CHERAS, 04 Disember 2019 –¬†Gabungan kerjasama kakitangan, agensi luar dan perwakilan penduduk telah merealisasikan program Gotong-Royong Perdana Peringkat HCTM.

Turut diadakan, program zumba sebelum gotong-royong dijalankan di sekitar kawasan HCTM bagi membanteras pembiakan makhluk perosak dan meningkatkan kebersihan serta keselamatan di hospital.

Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid turut serta bersama-sama 110 orang kakitangan dan wakil agensi luar membersih kawasan persekitaran HCTM.

Program itu dijayakan dengan penglibatan agensi luar seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Alam Flora Sdn. Bhd, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (SWCORP) dan Majlis Perwakilan Penduduk Bandar Tun Razak. Selain itu, program ini turut melibatkan Persatuan Peagawai Tadbir dan Iktisas UKM (PERTADI) dan Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA).

Program seumpama ini dapat memupuk hubungan jaringan kerjasama yang baik antara agensi dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan dan penduduk setempat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast