Golf Amal Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM

24 Nov 2014

BANGI, 22 November 2014 –Hampir 80 orang peminat golf yang terdiri daripada pemberi sumbangan, kakitangan UKM, wakil syarikat dan badan korporat telah berhimpun seawal 6.30 pagi di Bangi Golf Resort untuk menyertai Pertandingan Golf Amal Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM ini.

Seperti tahun-tahun lepas, Pertandingan Golf Amal ini bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung kebajikan Pesakit PPUKM  bagi membantu golongan pesakit miskin yang kurang bernasib baik.  Sejak tertubuhnya tabung ini pada tahun 2000, lebih 2,000 orang pesakit miskin dan yang kurang berkemampuan telah menerima manfaat ini. Dianggarkan RM 6 juta telah diagihkan bagi membiayai kos-kos rawatan, ubat-ubatan dan pemulihan.

Pada tahun ini, dianggarkan kutipan kasar sumbangan tunai yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM74,000 tidak termasuk sumbangan berbentuk barangan.  Antara badan dan syarikat korporat yang terbanyak memberikan sumbangan ialah UKM Kesihatan Sdn Bhd, Time Network Sdn Bhd, Zecon Medicare Sdn Bhd, Darul Ehsan Medical Centre, Bank Rakyat Cawangan KL, Celcom, International Medical University, syarikat bank,  syarikat pembekal, dan individu perseorangan.

Penganjur berharap aktiviti ini dapat membantu meningkatkan dana tabung pesakit, mengeratkan hubungan PPUKM dengan penyumbang-penyumbang yang  prihatin dan sekaligus memberi peluang kepada badan-badan dan syarikat korporat menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sememangnya amat diperlukan dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti dan masyarakat.

Pemain-pemain golf bergambar sebelum memulakan pertandingan pada jam 8.00 pagi.

Pemain-pemain golf bergambar sebelum memulakan pertandingan pada jam 8.00 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast