Forum Maulidur Rasul 1437h

21 Jan 2016

CHERAS, 14 Januari 2016-  Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh Umat Islam pada tahun 1437 Hijrah ini, Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan forum perdana dengan menjemput Uztaz Izzat Fathi bin Hisham, Ustaz Khairil Khuzairi Omar dan seorang moderator, Ustaz Hasrizal Hasan.

Forum yang berlangsung di Auditorium PPUKM telah dihadiri hampir 300 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan PPUKM. Topik forum yang dibincangkan mengenai mendekatkan diri dengan nabi, beramal dengan sunnah dan perpaduan dalam transformasi negara.

Forum yang berlangsung selama 2 jam disudahi dengan pemberian cenderahati kepada panel jemputan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast