6th International Public Health Conference dan 2nd National Elderly Symposium

8 Jun 2016

 

31 Mei 2016 (Isnin)- Pada tahun ini, Jabatan Kesihatan Masyarakat PPUKM telah menganjurkan 6th International Public Health Conference dan 2nd National Elderly Symposium yang bertemakan “Public Health Respones for the Wellbeing of Ageing Society“. Penganjuran persidangan dan simposium yang diadakan serentak ini buat julung pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat. Kedua-dua program ini telah diadakan di TH Convention Kuala Terengganu.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd. Iskandar Jaafar, Wakil Menteri Besar Terengganu. Turut hadir dalam majlis ialah YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal, wakil Naib Canselor UKM, dan YBhg. Prof. Dr. Mohd. Ikhwan Toriman, wakil Naib Canselor UNISZA dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf, wakil Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM.

Objektif persidangan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar siswazah program kesihatan awam membentangkan kertas kerja penyelidikan dan penemuan terkini hasil penyelidikan mereka dan juga penglibatan pihak luar. Jumlah penyertaan yang meningkat setiap tahun menunjukkan sambutan penganjuran persidangan amat menggalakkan. Menerusi persidangan ini juga,  pengamal perubatan, kakitangan akademik, dan wakil Kementerian Kesihatan berpeluang untuk berbincang dan berkongsi isu yang jarang diutarakan dan mencapai satu penyelesaian yang bermanfaat kepada semua peserta.

Persidangan yang diadakan selama 3 hari ini telah disusun rapi dengan satu keynote lecture, 2 plenaries, 6 simposium, dan 60 free paper slots.

Search

+