Kejohanan Badminton Berpasukan antara Hospital-Hospital Lembah Klang 2016 (HOSCUP16)

28 Apr 2016

Kuala Lumpur (24 April 2016) – Menang dan kalah, adat pertandingan, namun paling penting jaringan dan hubungan silaturrahim yang terjalin sesama warga dari pelbagai hospital awam dan swasta telah dapat diperkukuhkan. Itulah hasil paling bermakna yang telah dapat diperolehi daripada kejohanan (HOSCUP16) yang telah dianjurkan oleh Kelab Badminton Medic RC PPUKM. Atas Inisiatif Medic RC PPUKM, Kejohanan Badminton Berpasukan antara Hospital-Hospital Lembah Klang 2016 (HOSCUP16) telah dapat diadakan pada 24 April 2016 yang lalu di Avenger Sport Arena, Pandan Perdana, Kuala Lumpur yang mana Kejohanan ini telah mendapat sokongan padu daripada Pengurusan UKM, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan hospital-hospital sekitar lembah Klang. Dengan tema kejohanan, “sukan dan kesihatan tidak boleh dipisahkan”, kejohanan ini telah dapat mempromosikan kepada masyarakat amalan gaya hidup yang sihat dan aktif melalui bersukan.

Kejohanan Badminton HOSCUP 2016 merupakan kejohanan julung kalinya diadakan. Kejohanan ini diadakan sebagai satu ruang kepada warga dan petugas perawatan kesihatan terutamanya kepada kakitangan paramedik dan klinikal untuk bersama-sama terlibat ke arah membudayakan sukan untuk kesihatan dan seterusnya menjadikan sukan badminton sebagai salah satu gaya hidup sihat seiring sebagai salah satu sukan paling popular di Malaysia. Kejohanan ini dapat memberi peluang kepada pemain bukan professional untuk mengembangkan bakat, mendapatkan pendedahan dan pengalaman kejohanan yang kompetitif. HOSCUP16 menjadi satu medan terbesar yang dapat menghimpunkan seramai 145 orang pemain dan urusetia daripada kalangan petugas paramedik dan hospital awam dan swasta dalam satu masa yang mana belum pernah diadakan sebelum ini.

Pada kejohanan ini, perlawanan dibuat secara liga dalam kumpulan. Pasukan PPUKM A telah berjaya menjadi Johan setelah menewaskan Pasukan Hospital Selayang 2-1. Manakala tempat ketiga dikongsi bersama oleh Hospital Kuala Lumpur dan PPUKM B. Kejohanan yang julung julung kali diadakan ini, telah disertai oleh 16 pasukan daripada hospital hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang termasuk pasukan jemputan iaitu Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ia telah diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor UKM dan Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid Mohd Razi, Timbalan Pengarah PPUKM. Syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast