Tahniah: Johan & Tempat Ke-3 ‘3-Minutes Oral Presentation’

15 Mar 2016

Tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar pascasiswazah yang telah berjaya mengharumkan nama Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan serta Fakulti Perubatan UKM dengan memenangi tempat pertama dan ke-3 dalam Pertandingan ‘3-Minutes Oral Presentation’ sempena Malaysian Society of Parasitology & Tropical Medicine Annual Scientific Conference. Persidangan tersebut berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2016 di Grand Season Hotel Kuala Lumpur.

Pelajar berkenaan ialah:
Puan Nurul Shazana Zainudin (Johan)
Cik Noor Shazleen Husnie Mohd Mohtar (Tempat Ke-3)

Kejayaan mendapat johan menyaksikan piala pusingan pertandingan yang pertama kali diperkenalkan ini berada di UKM sehingga persidangan akan datang iaitu pada Mac 2017. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semoga kejayaan ini menyuntik semangat kepada semua pelajar-pelajar di jabatan untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sumber: Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast