Gabung tiga acara keraian Sempena Ulang Tahun UKM ke-45

11 May 2015

11 Mei 2015 (ISNIN) –Sempena Ulang Tahun UKM ke-45,  HCTM, PPUKM telah menggabungkan tiga acara keraian iaitu; Perasmian Kerjasama Kesihatan UKM-MSD, Sambutan Hari Parkinson Sedunia peringkat HCTM, PPUKM 2015 dan Sumbangan Komputer kepada sekolah-sekolah. Majlis ini berlangsung di Auditorium PPUKM selepas perhimpunan kakitangan.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM. Turut hadir dalam majlis tersebut wakil CEO MSD En. David Lin Chee Kin, ahli pengurusan MSD, wakil Parkinson Disease Association (MPDA) dan juga wakil-wakil sekolah yang menerima sumbangan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, ucapan En. David Lin Chee Kin wakil CEO MSD, ucapan YBhg. Prof Datin Norlinah, dan seterusnya ucapan Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM. Antara acara dalam majlis ialah pertukaran Plak Kerjasama Kesihatan UKM-MSD, Penyampaian plak Hari Parkinson Sedunia peringkat HCTM PPUKM, dan gimik penyerahan sumbangan komputer kepada sekolah-sekolah.

Majlis Kerjasama UKM-MSD merupakan penghargaan kepada MSD kerana sumbangan dan kerjasama yang telah lama dijalinkan dalam menggerakkan aktiviti bersifat pendidikan kesihatan dan masyarakat. Hari Parkinson Sedunia yang jatuh pada tarikh yang sama disambut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap penyakit Parkinson disamping memperkenalkan Kelab Mini Parkinson yang ditubuhkan bersama dengan MPDA. Sumbangan sebanyak 15 buah komputer telah kepada dua buah sekolah turut diselitkan dalam majlis ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast