Tahniah – Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz

12 Nov 2019

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi Anugerah 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dan Anugerah Emas 5 bintang di Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019 yang telah diadakan pada 5-7 November 2019 di Sunway Piramid Convention Centre.

Kejayaan ini telah melayakkan kumpulan Sinaran untuk mewakili Malaysia ke International Convention On Quality Control Circle 2020 yang akan diadakan pada 27-30 Oktober 2020 di Pan Pacific Sanargaon Hotel, Dhaka, Bangladesh.

Manakala, Encik Mohamad Norman Mohd. Nordin telah di anugerahkan “Anugerah Fasilitator Cemerlang” di Annual Productivity & Innovation Conference 2019.

Konferens tahunan kebangsaan tahun 2019 ini telah disertai oleh 300 team dari 126 organisasi yang melibatkan lebih dari 2000 org peserta dari seluruh Negara. Kejayaan ini juga membuktikan UKM sentiasa meneruskan usaha dalam aktiviti kualiti dan menjadi universiti terunggul dalam menghasilkan projek-projek berimpak tinggi yang berjaya diketengahkan di peringkat antarabangsa buat kali ke-11 berturut-turut.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Tahniah – Dr. Ng Beng Kwang, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM

7 Nov 2019

Tahniah diucapkan kepada Dr. Ng Beng Kwang, Pensyarah Perubatan DU53, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM yang telah menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2019 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia sempena sambutan Hari Integriti yang diadakan di Dewan Za`ba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Presint 5, Putrajaya. Dr. Ng Beng Kwang adalah antara 9 orang penerima anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang tahun ini dari seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz merakamkan jutaan tahniah di atas penganugerahan ini.

Pihak Pengurusan HCTM
7 November 2019

Tahniah – YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah UKM

4 Nov 2019

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah UKM yang telah menerima anugerah “ASEAN PRIZE 2019” sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-35. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha dalam Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-35 dihadiri oleh kesemua 10 pemimpin negara anggota ASEAN di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, Bangkok, Thailand pada 3 November 2019.

“ASEAN PRIZE 2019” adalah anugerah berprestij di rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Tan Sri Dr. Jemilah merupakan penerima kedua sejak anugerah berkenaan diperkenalkan pada tahun lepas, sekaligus menjadi penerima anugerah pertama dari Malaysia. Tan Sri Dr. Jemilah dipilih berdasarkan peranan beliau dalam pelbagai misi kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN. Beliau menerima trofi ASEAN PRIZE berserta wang tunai USD 20,000.

Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz merakamkan jutaan tahniah di atas penganugerahan ini.

Pihak Pengurusan HCTM
4 November 2019

Iklan Jawatan Kosong (Pelantikan Dan Kenaikan Pangkat – Oktober 2019) Di Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)

31 Oct 2019

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur) ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan dan kenaikan pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

Lantikan :

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43 / UD47 / UD51 / UD53
2. PEGAWAI DIETETIK GRED U41
3. JURUTERA GRED J41
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) GRED U41
5. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
6. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
7. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29
8. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
9. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19
10. PEMBANTU AWAM GRED H11
11. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Kenaikan Pangkat :

1. PEGAWAI KEWANGAN GRED W48
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U36
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U32
4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U32
5. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N28
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N26
7. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S22
8. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U14

Maklumat Lanjut: http://www.ukm.my/provckl/news/iklan-jawatan-kosong-pelantikan-dan-kenaikan-pangkat-oktober-2019-di-universiti-kebangsaan-malaysia-kampus-kuala-lumpur/

Sambutan Hari Strok Sedunia 2019

30 Oct 2019

Oleh : Noorlaily Abdul Rahim
Foto: Noorashikin Yusof

CHERAS, 29 Oktober 2019 – Seramai 170 orang tetamu yang terdiri daripada bekas pesakit strok, waris dan warga KKL telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Strok Sedunia 2019 dengan bertemakan ‘Life After Stroke’. Program ini merupakan anjuran Unit Neurologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

Majlis dirasmikan oleh wakil Pengarah HCTM, Prof. Dr. Halim Abdul Gafor, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM. Turut hadir dalam majlis, Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa, Ketua Jabatan Perubatan HCTM, Prof. Madya Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Strok Sedunia 2019, Encik Pallahuddin Abd Ghani dan Pengerusi Kelab Komuniti Ahli Strok Impikan Harapan (Kekasih).

Objektif penganjuran adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit strok, langkah-langkah pencegahan, dan rawatan kepada pesakit. Dianggarkan lebih kurang 700 orang pesakit strok mendapatkan rawatan di HCTM setiap tahun. Maklumat terbaru daripada World Stroke Organization menyatakan setiap satu daripada empat individu akan mengalami strok dalam tempoh hayat mereka. Di Malaysia, berdasarkan maklumat di Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan strok adalah penyebab kematian ketiga di Malaysia selepas penyakit jantung dan jangkitan paru-paru. Namun begitu, sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan yang ketara pesakit strok dalam lingkungan usia 35-45 tahun. Langkah dan kesedaran awal amat penting untuk mengurangkan peningkatan pesakit strok.

Antara program yang disusun dalam program ini ialah ceramah mengenai pengenalan dan sejarah Unit Neurologi, maklumat Perkhidmatan Thrombolysis Stroke, sesi perkongsian pengalaman bekas pesakit strok dan waris pesakit, ceramah panduan membaca dan memahami label makanan.

Persidangan Kebangsaan Program Keberkesanan Big Data Di Peringkat Hospital Pengajar Universiti

22 Oct 2019

Oleh: Fauzana Binti Hamid
Foto: Hang Jebat Mukthtar Affandi

Putrajaya, 16 Oktober 2019 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kebangsaan Pusat Perubatan Akademik Kali Ke-2 di bawah Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) dengan bertemakan ‘Pendekatan Data Dalam Memacu Pengurusan Hospital’. Persidangan berlangsung pada 15 hingga 17 Oktober 2019 di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil hospital pengajar, universiti awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah hadir ke persidangan ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin wakil Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia. Berucap dalam majlis, beliau berkata penganjuran persidangan ini adalah sangat penting diadakan setiap tahun bagi membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan peserta mengenai Best Practice in a Hospital Management. Para peserta juga dapat bertukar-tukar idea, maklumat, pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan pengumpulan dan kaedah menganalisa data yang secara tidak langsung dapat melancarkan kelangsungan operasi perkhidmatan di Hospital Pengajar. Beliau juga berharap program dapat memberi manfaat dan maklumat yang berguna kepada semua peserta yang hadir.

Turut hadir dalam majlis YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hafiz Zulkifly, wakil Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, YBhg. Ar. Saifuddin Ahmad, ahli Lembaga Pengurusan Universiti Malaya, YM. Prof. Dr. Tuanku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, yang juga merangkap sebagai Pengerusi KHUAM, dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Selain itu, wakil daripada Singhealth dan Temasek International Foundation juga hadir untuk menjalankan kerjasama antarabangsa bersama hospital pengajar.

 

1 2 3 6

Search

+
Font Resize
Contrast