TAHNIAH – Jabatan Radiologi, Johan Keseluruhan KIK Peringkat UKM ke-21

29 Dec 2016 ,

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 21 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2016 di Dewan Persidangan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM), UKM.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran daripada Jabatan Perkhidmatan Radiologi , HCTM, PPUKM yang berjaya menjadi Johan Kategori Teknikal dan Juara Keseluruhan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 21. Manakala, Kumpulan Mutiara daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM menjadi Johan Kategori Pengurusan. Senarai penuh keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UKM Kali Ke 21 adalah seperti dilampiran.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kumpulan.

SENARAI PEMENANG

PROGRAM – Lawatan Pendidikan Anak-anak Orang Asli Kg. Chuweh

29 Dec 2016

Seramai 15 orang kanak-kanak orang asli Kg. Chuweh telah hadir ke PPUKM bagi mengikuti Program Pendidikan Anak-Anak Orang Asli Kg. Chuweh anjuran UCTC UKM dengan kerjasama PPUKM. Program selama 3 hari bermula 19 -21 Disember 2016 dijayakan dengan penglibatan fakulti-fakulti di UKM. Fakulti Perubatan diberi peluang untuk mengaturkan sesi pendidikan pada 21 Disember 2016, selama 2 jam untuk memberi pendedahan pendidikan kesihatan kepada anak-anak orang asli ini.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Madya Dr. Zaleha Md Isa, selaku penyelaras program dan wakil Ketua HEJIM, dan diikuti ucapan pengenalan ringkas mengenai Muzium Anatomi oleh Prof. Madya Dr. Norzana Binti Abd. Ghafar, Ketua Jabatan Anatomi. Setelah selesai sesi pembukaan, aktiviti diteruskan dengan lawatan ke Muzium Anatomi. Muzium Anatomi berada di tingkat 3 Bangunan Praklinikal menempatkan koleksi spesimen jar yang sebahagian struktur tubuh badan atau organ manusia bagi tujuan pembelajaran. Sejak  ditubuhkan, Muzium Anatomi telah berjaya menghasilkan jar spesimen seperti anggota badan atas, anggota badan bawah, sistem  respiratori,  sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen  dan lain-lain.

Lawatan seterusnya di tingkat 10 iaitu Makmal Parasitologi dimana kanak-kanak diberi penerangan mengenai bahaya parasit seperti cacing gelang, cacing pita dan cacing cambuk. Selain itu, anak-anak orang asli juga boleh melihat dengan lebih dekat cacing yang telah disimpan dalam jar spesimen. Walaupun, sesi ini dihadkan selama 2 jam, pengisian yang diaturkan dapat memberikan input dan pengalaman yang berguna untuk anak-anak ini.

PEMAKLUMAN – 1st UKMMC Breast Cancer Day

7 Dec 2016

Adalah dimaklumkan Program 1st Breast Cancer Day akan dijalankan pada 10 Disember 2016 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi – 4.30 petang di Dewan Kulaih 1, PraKlinikal PPUKM. Semua pelajar dan warga PPUKM dijemput hadir!

pemakluman-breastcancer

TAHNIAH – Dr. Ng Choon Seong

30 Nov 2016

tahniah_drngTahniah kepada Dr. Ng Choon Seong, pelajar Sarjana Doktor Perubatan Dalaman, di Jabatan Perubatan yang telah menerima hadiah travel grant yang bernilai untuk menbentangkan tiga abstract beliau di Seoul Digestive Disease Symposium 2016 di Seoul, Korea. Beliau merupakan pelajar di bawah seliaan unit Gastroenterology dan Hepatologi.

PEMAKLUMAN – Kelas Antenatal; `The Art of Parenthood`.

28 Nov 2016

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat perubatan UKM akan menganjurkan Kelas Antenatal; `The Art of Parenthood`. Semua dijemput untuk menyertai kelas ini bagi mendapatkan tips and info yang berharga terutamannya ibubapa dan bayi anda.

Antara tajuk program yang akan dikongsikan adalah ; Kelahiran normal & abnormal, penjagaan selepas bersalin & perancang keluarga, mengurangkan kesakitan ketika bersalin, demonstrasi senaman dan lain-lain lagi.

Yuran penyertaan yang dikenakan adalah hanya sebanyak RM150/pasangan. Sesiapa yang berminat, boleh mendaftar di klinik O&G , PPUKM atau hubungi talian 03-91457000/7001/7969/7977/7972

Tarikh Acara 17/12/2016
Masa Acara 8:00 Pagi5:00 Petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Blok pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar
Penganjur / Penganjur Bersama : AJK Kelas Antenatal, Disiplin O&G

 

1 2 3 12

Search

+
Font Resize
Contrast