PPUKM dan IJN bekerjasama menubuhkan pusat latihan CPR

17 Dec 2015

KUALA LUMPUR, 14 Disember – Satu kolaborasi antara Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Jantung Negara (IJN) dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kejutan serangan jantung dan masalah pernafasan dengan mempertingkatkan kesedaran mengenai rawatan awal pemulihan kardiopulmonari atau CPR. Kurang pendedahan tentang rawatan ini merupakan salah satu penyebab kenaikan kadar kematian akibat permasalahan jantung. Bagi menangani masalah ini IJN dan PPUKM telah bekerjasama untuk membangunkan pusat latihan seperti American Collage of Cardiology (ACC) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA).

Kursus latihan yang ditawarkan merangkumi panduan penyelamat jantung, bantuan asas hayat, intepretasi elektrokardiogram, sokongan hayat dengan penjagaan lanjut awal. Latihan ini dicadangkan oleh American Collage of Cardiology (ACC) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) yang menekankan tentang pentingnya latihan ini bagi melanjutkan jangka hayat pesakit dan komunikasi efektif dalam pasukan penyelamat semasa rawatan pemulihan.

Dalam majlis menandatangani memerondum tersebut, PPUKM diwakili oleh Naib Canselor UKM Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Alu, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM, manakala IJN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Dr. Mohd Azhari dan Dato’ Sri Dr. Hj Azhari B. Rosman, Pakar Runding Kardiologi dan Pengarah CPR Fakulti IJN.

Tahniah – YBhg. Prof. Dato` Dr. Zainul Rashid bin Mohamad Razi

16 Dec 2015

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato` Dr. Zainul Rashid bin Mohamad Razi, Timbalan Dekan Siswazah & Hubungan Antarabangsa, HCTM PPUKM di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato` Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa kepada gelaran Dato`.

Penganugerahan tersebut disampaikan pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-70 D.Y.M.M Sultan Selangor.

Makluman: Hari Kesihatan Tulang 2015

16 Dec 2015

Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang akan mengadakan Hari Kesihatan Tulang pada 17 Disember 2015 di Lobi Utama Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pengukuran ketumpatan tulang, indeks jisim tubuh dan peratus lemak badan, pameran, demo senaman pencegahan osteoporosis dan khidmat nasihat. Warga PPUKM dan orang ramai dijemput hadir.

Tarikh Acara :17/12/2015
Masa Acara :  9:00 Pagi
Tempat : Lobi Utama Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Penganjur / Penganjur Bersama : Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang UKM

Kedai Farmasi PPUKM Akan Ditutup Pada 18 Disember 2015

15 Dec 2015

Kedai Farmasi PPUKM yang terletak di Lobi Pelawat akan ditutup pada jam 1.00 petang 18 Disember 2015 (Jumaat) untuk menjalankan pengiraan stok akhir tahun. Kedai Farmasi akan beroperasi seperti biasa pada 21 Disember 2015 (Isnin). 

UKM Inaugural Virtual Careers Fair

3 Dec 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) akan menganjurkan UKM Inaugural Virtual Career Fair pada 12 – 14 Januari 2016.  Virtual Career Fair (UKM-VCF) ini merupakan karnival kerjaya yang diadakan secara maya bagi memudahkan pelajar-pelajar dan bakal graduan untuk mencari pekerjaan ataupun tempat menjalani latihan industri.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar terutamanya tahun akhir perubatan dan kejururawatan dipohon untuk mendaftar di platform maya ini: https://www.gradgreenhouse.com/vcf/graduate/register?fairId=563c72130cf2e21ff8368e03

Satu taklimat berkenaan UKM-VCF akan diadakan pada 15 Disember 2015 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah 2, Pra-Klinikal. Semua pelajar yang berminat dialu-alukan untuk menghadiri sesi taklimat ini.

Sekian, terima kasih.

VCF-Brochure

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA

Tahniah – Lt. Kol. (PA) Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin

3 Dec 2015

Tahniah diucapkan kepada Lt. Kol. (PA) Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Sumber Manusia & Pembangunan), HCTM, PPUKM dan juga Ketua Unit Urologi, Jabatan Surgeri, HCTM, PPUKM atas pencapaian sebagai Penal Member of the National Comprehensive Cancer Network (NCCN) Guidelines for Bladder Cancer. Beliau merupakan wakil tunggal dari Malaysia yang telah dilantik.

Syabas !

 

Majlis Perasmian Sistem ‘Total Laboratory Automation’

24 Nov 2015

20 November 2015 (Jumaat)- Pusat Perubatan UKM telah mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Sistem ‘Total Laboratory Automation’ Makmal Patologi Kimia, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM PPUKM di Auditorium PPUKM.

Majlis yang dihadiri hampir 200 orang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM. Tetamu jemputan daripada  Abbott Diagnostics, kepakaran PPUKM dan jemputan luar yang berkaitan telah hadir dalam perasmian sistem makmal automatik ini.

Sistem ‘Total Laboratory Automation’ (TLA) merupakan sistem yang diterokai oleh Unit Patologi Kimia, PPUKM hasil usahasama dan gabungan kolaborasi yang mantap bersama Abbott Diagnostics dimana sistem ini diwujudkan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan mengurangkan turn around time serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem TLA di Unit Patologi Kimia PPUKM ini adalah sistem yang pertama di Malaysia dan kini menjadi rujukan kepada makmal-makmal lain yang menggunakan sistem sama di Malaysia.

Majlis Perasmian “World Prematurity Day” dan pelancaran buku “Feeding The Preterm Infant”

18 Nov 2015

19 November 2015 (Khamis) – Jabatan Pediatrik dengan kerjasama beberapa jabatan lain menganjurkan Majlis Perasmian “World Prematurity Day” untuk kempen kesedaran kelahiran bayi pramatang dan pelancaran buku “Feeding The Preterm Infant” yang ditulis oleh Prof. Dr. Cheah Fook Choe, Pakar Neonatal, NICU, PPUKM.

Majlis yang dihadiri lebih 200 orang jemputan dan peserta telah dirasmikan oleh wakil dekan dan pengarah HCTM PPUKM, YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman. Lebih 200 orang yang terdiri daripada kakitangan PPUKM, ibu mengandung, kanak-kanak bayi pramatang, pelajar, dan rakan industri telah hadir dalam majlis ini sabagai tanda menyokong program kesedaran ini.

“World Prematurity Day” atau Hari Pramatang Sedunia, adalah sambutan yang diadakan pada setiap 17 November dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelahiran pramatang iaitu kelahiran bayi sebelum 37 minggu kehamilan. Sempena hari tersebut, NICU PPUKM telah mengaturkan program kesedaran seperti ceramah berkaitan punca-punca yang menyebabkan pramatang dan cara-cara penjagaan bayi kelahiran pramatang yang meliputi suntikan steroid pra-kelahiran kepada ibu, penyusuan dan penjaan suhu badan yang optima, rawatan antibiotic untuk jangkitan kuman kepada ibu dan bayi dan kebersihan tangan. Selain itu, pameran dan booth aktiviti juga turut diadakan untuk kanak-kanak bekas bayi pramatang.

Majlis Perasmian UKMMC-SAMSUNG SONO School dan Pertukaran MoA UKM-SAMSUNG

17 Nov 2015

CHERAS, 17 November 2015 – Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah menubuhkan Sekolah SONO PPUKM-Samsung, dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. bertujuan untuk membantu pengamal-pengamal perubatan di Malaysia meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan bidang ultrasound. Pelancaran sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan Dato’ Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics.

Sekolah SONO PPUKM-Samsung bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan pendidikan yang berterusan, tetapi juga menandakan satu titik permulaan baharu penjagaan pesakit dengan kepakaran dan subkepakaran yang dipertingkatkan. Penubuhan Sekolah SONO PPUKM-Samsung adalah satu langkah untuk merealisasikan wawasan dalam meningkatkan kumpulan sonografer yang diiktiraf.

Sekolah ini menawarkan latihan kurikulum kepada pengamal perubatan yang tediri daripada doktor (yang berkelayakan dan doktor-dalam-latihan), sonografer, ahli radiologi dan pegawai-pegawai perubatan hinggalah klinisian dan juruteknik makmal di seluruh Malaysia yang akan menjadi sebahagian daripada program Pendidikan Perubatan Berterusan. Gabungan ini terdiri daripada sekurang-kurangnya satu (1) sesi latihan pada setiap suku tahun. Program ini menampilkan kombinasi sesi kuliah dan amali dengan 30 pelajar bagi setiap sesi.

Dibangunkan dengan perundingan pakar perubatan di PPUKM, kurikulum ini menawarkan latihan yang disasarkan dalam bidang Obstetrik/Ginekologi dan Radiologi, yang membolehkan pengamal perubatan meningkatkan pengetahuan mereka dalam teknologi pengimejan perubatan dan kemahiran diagnostik. Untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, Samsung telah menyediakan peralatan perubatan yang khusus seperti ultrasound Samsung WS80A Elite OB/GYN dan ultrasound Samsung RS80A Prestige Radiology ultrasound untuk latihan.

Bercakap mengenai matlamat PPUKM untuk menjadi hab perubatan terulung di Malaysia, Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM berkata, “Sebagai salah satu hospital pendidikan negara yang utama dan terkemuka, penubuhan Sekolah SONO di PPUKM memberikan potensi yang besar untuk memanfaatkan kemahiran dan teknik penyelidikan perubatan, mengaplikasikannya untuk penyelesaian yang inovatif serta praktikal dan akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan kemahiran yang betul, para profesional perubatan akan lebih menyesuaikan diri dengan keperluan pesakit, menyediakan diagnostik yang tepat pada masa sebenar yang akan membawa kepada penilaian lebih baik, masa menunggu pesakit lebih singkat dan meningkatkan keberkesanan rawatan.”

Sekolah SONO PPUKM-Samsung terletak di Advanced Surgical Skills Centre yang berfungsi sebagai hab bagi latihan dan bengkel kepakaran dalam usahasama dengan organisasi yang berpengetahuan dalam perubatan khusus. Penubuhannya adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Korporat Global Samsung dalam bidang utama Kesihatan & Perubatan yang menyediakan peningkatan dalam kepakaran perubatan dan kesihatan, untuk manfaat masyarakat setempat.

Tahniah – Prof. Dr. Noor Hassim Ismail Dan Para Penyelidik

28 Oct 2015

Tahniah kepada Prof. Dr. Noor Hassim Ismail dan para penyelidik bersama Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar, Prof. Madya Dr. Azmi Mohd Tamil, Prof. Madya Dr. Zaleha Md Isa, En. Khairul Hazdi Yusof, En. Azman Ariff kerana telah berjaya menerbit artikel dalam jurnal Lancet, taraf Q1, Faktor Impak 45.217.

Baca Artikel

1 2 3 6

Search

+
Font Resize
Contrast