1. Menyeragamkan cetakan borang-borang rekod perubatan yang digunakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan memastikan stoknya mencukupi.
  2. Mengawal, menyediakan dan memastikan keperluan borang-borang, kulit fail pesakit, carta-carta, buku-buku pendaftaran dan lain-lain mencukupi untuk perkhidmatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
  3. Membuat stok inventori Jabatan Maklumat Kesihatan HCTM.
  4. Membuat pesanan dan mengawal keperluan alat tulis, bahan pakai habis, peralatan dan kertas-kertas untuk cetakan di Unit Stor Pusat, Jabatan Bendahari, KKL.
  5. Menjaga dan menguruskan keperluan alat ganti, servis peralatan seperti mesin penyalin dan lain-lain.