- Mencetak senarai temu janji satu minggu lebih awal sebelum hari klinik.
- Mencetak senarai temu janji tambahan sehari awal sebelum hari klinik.
- Menyediakan fail temu janji pesakit lima hari sebelum tarikh temu janji di klinik.
- Menyediakan fail temu janji tambahan satu hari sebelum pesakit berjumpa doktor.
- Menyimpan dan mengeluarkan rekod-rekod perubatan pesakit bagi tujuan rawatan.
- Menyediakan fail temu janji pesakit yang diminta dari wad.
- Menyediakan fail pesakit yang diminta dari klinik secara Walk- In melalui sistem mesej C-HETs.
- Membuat pengasingan rekod-rekod perubatan pesakit yang tidak aktif dalam tempoh tiga tahun dan disimpan di Secondary Storage.
- Membuat pelupusan bagi Rekod Perubatan Pesakit yang tidak aktif dalam tempoh 7 tahun yang telah mendapat kelulusan dari Arkib Negara.