JABATAN MAKLUMAT KESIHATAN

Unit Rekod Perubatan ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Fakulti Perubatan yang terletak di Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 1997 unit ini telah dipindahkan ke Hospital UKM,Cheras dan dinaiktaraf menjadi Jabatan Rekod Perubatan sejajar dengan tugas dan fungsinya berkaitan pengurusan rekod perubatan pesakit. Mulai 1 Januari 2010, Jabatan Rekod Perubatan dan Unit Case-Mix telah digabungkan dan dikenali sebagai Jabatan Maklumat Kesihatan (JMK) selaras dengan aspirasi dan Pelan Transformasi UKM secara umumnya dan HCTM amnya iaitu untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf dunia dengan modal insan minda kelas pertama, cemerlang dengan aspek penyelidikan dan inovasi serta proses pengantarabangsaan.

Matlamat dan misi utama penubuhan JMK ialah untuk menyedia dan menguruskan maklumat kesihatan yang lebih komprehensif, lengkap dan tepat serta pengurusan rekod perubatan pesakit yang efisien mengikut perkembangan teknologi maklumat terkini. Jabatan Maklumat Kesihatan terdiri daripada 8 Unit seperti berikut:

1. Unit Pentadbiran Am Dalaman
2. Unit Kajian & Statistik
3. Unit Pengurusan Fail
4. Unit Perpustakaan Rekod
5. Unit Laporan Perubatan
6. Unit Stor & Bekalan
7. Unit Digitasi