- 98% penyediaan/pengeluaran Rekod Perubatan Pesakit yang berada di dalam simpanan/lokasi Jabatan Maklumat Kesihatan untuk perkhidmatan pesakit dibuat dalam tempoh satu hari bekerja daripada tarikh temujanji rawatan/perkhidmatan.
- 98% penerimaan dan pengemaskinian Rekod Perubatan Pesakit tidak termasuk menjilid dalam tempoh 24 jam (satu hari bekerja) selepas Rekod Perubatan Pesakit dihantar dari klinik dan wad ke Jabatan Maklumat Kesihatan.
- 90% Rekod Perubatan Pesakit yang berada dalam simpanan/lokasi JMK untuk tujuan penyediaan laporan perubatan disediakan dalam tempoh tiga hari bekerja setelah permohonan didaftarkan.
- 90% Rekod Perubatan Pesakit yang dimohon untuk tujuan penyelidikan dan berada dalam simpanan/lokasi di Jabatan Maklumat Kesihatan disediakan dalam tempoh lima hari bekerja setelah menerima permohonan yang lengkap.
JABATAN MAKLUMAT KESIHATAN, HCTM