MISI JABATAN
Berkhidmat dengan Cekap, Cemerlang serta Patuh kepada Piawaian (2C2P).
Jabatan Maklumat Kesihatan (JMK) beriltizam untuk mencapai kecemerlangan di dalam perkhidmatan dan pengurusan rekod dan maklumat perubatan pesakit demi perkhidmatan yang berkualiti serta pematuhan piawaian yang tinggi.
VISI JABATAN
Pusat rujukan bagi pengurusan rekod dan sistem maklumat perubatan pesakit berdasarkan piawaian keselamatan, kerahsiaan dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
- 98% Rekod Perubatan Pesakit yang berada di dalam simpanan/lokasi dalam JMK dapat disediakan untuk perkhidmatan pesakit dalam/luar mengikut permohonan.
- 90% laporan perubatan disediakan dalam tempoh satu bulan.
- 95% persidangan lembaga perubatan dibuat dalam tempoh dua bulan selepas dokumen lengkap.
- 90% permohonan Rekod Perubatan Pesakit untuk tujuan kajian/penyelidikan yang berada di dalam simpanan/lokasi dalam JMK disediakan dalam masa lima hari bekerja.
- 95% permohonan borang rawatan dan makmal disediakan dalam masa tiga hari bekerja.