Laporan Perubatan adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seseorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut.

Laporan perubatan biasanya dimohon bagi tujuan tuntutan insuran, perbicaraan mahkamah, urusan pentadbiran, kes polis dan lain-lain yang disediakan oleh Pakar/Pegawai Perubatan.

Terdapat 3 (tiga) jenis laporan perubatan yang biasa dipohon oleh pesakit/waris pesakit.

  1. Laporan Perubatan Biasa/Ringkas/Pendapat Pakar
  2. Laporan Terperinci disediakan oleh Pakar Perubatan
  3. Borang Tuntutan Insurans/KWSP/PERKESO/MYSALAM dan lain-lain borang tuntutan

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu:

  1. Datang terus ke Kaunter Unit Laporan Perubatan; atau
  2. Melalui pos dengan menggunakan alamat di bawah:

Unit Laporan Perubatan Jabatan Maklumat Kesihatan,

Aras Basement, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM,

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u/p: Puan Nora Shasheela Abdullah)

Sila muat turun dan lengkapkan borang permohonan laporan perubatan berikut :-

  1. Borang Permohonan Laporan Perubatan- HCTM/JKIK/JMK/B10 (Pin.1/2024)
  2. Borang Akuan Permohonan/Penerimaan Rekod Perubatan Pesakit/Laporan Perubatan Selain Pesakit/Waris-HCTM/JKIK/JMK/B14 (Pin.1/2024)
  1. Pesakit berumur 18 tahun ke atas.
  2. Ibu bapa/penjaga yang sah (pesakit 18 tahun ke bawah).
  3. Waris untuk Suami/Isteri/Anak/Adik Beradik & Ibu bapa dengan surat kebenaran ASAL yang ditandatangani oleh pesakit.
  4. Pihak ketiga (agen/wakil) dengan surat kebenaran ASAL yang ditandatangani oleh pesakit.
  1. Salinan kad pengenalan (Mykid/Mykad) pesakit
  2. Salinan kad pengenalan (Mykid/Mykad) pemohon (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  3. Salinan kad pengenalan (MyKad) waris pesakit(bagi kes kematian)
  4. Salinan kad pengenalan (MyKad) Ibu/Bapa (bagi pesakit kanak-kanak bawah 18 tahun)
  5. Salinan buku kad rawatan temujanji (luar & dalam)
  6. Salinan sijil kematian (bagi kes kematian)
  7. Salinan dokumen yang membuktikan pertalian waris dengan pesakit (seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan, surat kebenaran mahkamah mengenai hak penjagaan dsbnya)
  8. Salinan sijil kelahiran (bagi membuktikan hubungan waris dengan pesakit)
  9. Borang-borang tuntutan yang berkaitan
  10. Salinan sijil cuti sakit (MC) (jika berkenaan)
  11. Surat keizinan ASAL bagi permohonan laporan perubatan hendaklah ditandatangani oleh pesakit sendiri atau ibu/bapa (jika pesakit adalah kanak-kanak)
  12. Sekiranya pesakit telah meninggal dunia, surat keizinan adalah daripada waris yang sah dari segi perundangan.
Status pesakit Caj Minimum Caj Maksimum
Warganegara RM 80 RM 1000
Bukan Warganegara RM 160 RM 2000
  1. Caj tambahan boleh dikenakan tertakluk kepada jenis laporan yang disediakan.
  2. Pembayaran boleh dibuat secara tunai / kad kredit / kad debit (dibayar di kaunter Unit Hasil Lobi Utama HCTM/kaunter bayaran Unit Fisioterapi pada waktu bekerja) atau menggunakan cek / wang pos atas nama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau;
  3. Bayaran secara atas talian ke akaun berikut (bagi permohonan secara pos):-

NAMA AKAUN BANK CIMB :HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NOMBOR AKAUN : 8000 7426 84

Nota penting : Sila pastikan bayaran dibuat secara instant transfer dan masukkan reference : laporan perubatan

  • Isnin – Khamis : 08:00 pagi – 01:00 petang dan 02:00 petang – 05:00 petang
  • Jumaat : 8:00pagi – 12:15 tengahari dan 2:45 petang – 5:00 petang
  • Sabtu – Ahad dan cuti umum : Tutup
  • Pertanyaan lanjut mengenai laporan perubatan, sila hubungi Unit Laporan Perubatan di :

: 03-9145 5687, 5688, 5689, 5686

: 018-215 2218

: lper@hctm.ukm.edu.my

  1. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk penyediaan laporan perubatan?
    • Tempoh penyediaan laporan perubatan adalah dalam tempoh 2 minggu – 1 bulan (hari bekerja) dari tarikh permohonan yang lengkap berserta bayaran diterima dan didaftarkan. Walaubagaimanapun, tempoh penyediaan laporan ini bergantung kepada Pakar/Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab menyediakan dan juga keaktifan pergerakan fail pesakit tersebut untuk temujanji pesakit di klinik dan juga kemasukan pesakit ke wad HCTM.
  2. Saya merupakan seorang pemegang kad OKU. Adakah saya tetap dikenakan bayaran?
    • Pengecualian Bayaran meliputi permohonan dari :-
      • Polis
      • Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun (untuk tujuan pentadbiran),
      • Pesakit yang mendapat surat akuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menyertakan Kad Pendaftaran JKM
      • Biro Bantuan Guaman,
      • Borang BAT F117 untuk tentera yang disertakan bersama surat pengesahan dari Pegawai Pemerintah

           **Pengecualian tidak terpakai untuk tujuan insurans dan pengeluaran KWSP

  1. Bagaimana prosedur sekiranya saya ingin memohon untuk pembetulan laporan?
    • Setiap permohonan klarifikasi / pembetulan akan dikira sebagai permohonan baru dan perlu lengkap dengan kesemua dokumen. Permohonan perlu dibuat melalui Jabatan Maklumat Kesihatan, bukan secara terus ke jabatan atau kepada pakar/doktor berkenaan.Tiada caj dikenakan bagi tujuan permohonan ini.
  2. Siapa yang boleh mengeluarkan surat kebenaran?
    • Surat kebenaran untuk mengeluarkan laporan perubatan perlu ditandatangani oleh pesakit sendiri sekiranya pesakit masih hidup dan oleh waris / keluarga jika pesakit telah meninggal dunia. Ini adalah kerana maklumat pesakit adalah sulit dan hanya pesakit sendiri yang berhak memberi kebenaran tersebut.
    • Bagi pesakit bawah 18 tahun/pesakit yang tidak sedarkan diri/kurang upaya mental keizinan waris terdekat yang sah dari segi perundangan diperlukan.
  3. Saya pernah hadir untuk memohon dua laporan atas nama pesakit yang sama. Mengapa penyediaan mengambil masa yang sangat lama?
    • Pesakit di HCTM mempunyai satu sahaja fail rekod perubatan yang menggabungkan semua maklumat kesihatannya dari semua disiplin (contoh : disiplin ortopedik, surgeri, oftalmologi dsb) yang mana fail inilah yang akan digunakan untuk rujukan membuat laporan perubatan, temujanji dan kemasukan pesakit ke wad. Oleh itu, bagi permohonan untuk lebih dari satu disiplin atau multidisiplin, tempoh penyediaan laporan perubatan tersebut akan mengambil masa yang lebih lama memandangkan laporan tersebut perlu disiapkan satu persatu oleh Pakar/Pegawai Perubatan dari disiplin yang berbeza.
  4. Adakah saya boleh membuat permohonan melalui emel?
    • Permohonan laporan perubatan hanya boleh dibuat melalui kaunter dan pos berdaftar sahaja. Pihak kami memerlukan surat kebenaran ASAL bagi membolehkan permohonan tuan/puan diproses.
  5. Saya tinggal di luar Lembah Kelang dan sukar untuk hadir ke HCTM. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan laporan perubatan?
    • Permohonan boleh dibuat melalui pos berdaftar dan bayaran secara atas talian. Laporan perubatan akan dipos semula setelah selesai. Tuan/puan boleh mengemukakan pertanyaan lanjut berkenaan permohonan melalui pos ke alamat emel : lper@hctm.ukm.edu.my
  6. Saya baru hadir satu kali temujanji di HCTM. Adakah saya boleh membuat permohonan laporan perubatan?
    • Tuan/Puan perlu hadir sekurang-kurangnya tiga kali temujanji bagi membolehkan laporan perubatan dikeluarkan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, ia adalah tertakluk kepada kecukupan nota rawatan dan pertimbangan oleh Pakar/Pegawai Perubatan berkenaan.
  7. Bolehkah saya mendapatkan laporan CT Scan dan MRI (tanpa laporan perubatan) dari Jabatan Maklumat Kesihatan?
    • Laporan/salinan yang TIDAK termasuk dalam perkhidmatan adalah seperti berikut :-
      • Laporan Post Mortem
      • Discharge Summary/Discharge Note
      • Salinan keputusan ujian makmal/radiologi (x-ray, CT Scan, MRI dll)
      • Pengesahan sijil cuti sakit
      • Rekod berkaitan farmasi/ubat-ubatan/alergi pesakit
      • Borang bantuan sara ubat/alat

Tarikh Kemaskini: 20 November 2024