1. Bayaran menggunakan cek / kiriman wang , perlu dibuat atas nama HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  2. Setiap permohonan klarifikasi / penjelasan akan dikira sebagai permohonan baru dan perlu lengkap dengan kesemua dokumen dan bayaran.
  3. Surat kebenaran untuk mengeluarkan laporan perubatan perlu ditandatangani oleh pesakit sendiri sekiranya pesakit masih hidup dan oleh waris / keluarga jika pesakit telah meninggal dunia atau masih kanak-kanak. Ini adalah kerana maklumat pesakit adalah sulit dan hanya pesakit sendiri yang berhak memberi kebenaran tersebut.
  4. Bagi kes pembetulan kepada laporan perubatan yang telah diterima dan juga permohonan laporan klarifikasi / penjelasan, permohonan perlu dibuat melalui Jabatan Maklumat Kesihatan, bukan secara terus ke jabatan atau kepada pakar/doktor berkenaan.
  5. Semua permohonan laporan perubatan yang lengkap akan diproses dalam jangkamasa 2 bulan bermula dari tarikh permohonan didaftarkan. Walaubagaimanapun, tempoh penyediaan laporan ini bergantung kepada pakar/doktor yang bertanggungjawab menyediakan dan juga keaktifan pergerakan fail pesakit tersebut untuk temujanji pesakit di klinik dan juga kemasukan pesakit ke wad PPUKM
  6. Pesakit di PPUKM mempunyai satu sahaja fail rekod perubatan yang menggabungkan kesemua maklumat kesihatannya dari kesemua disiplin ( contoh : disiplin ortopedik, surgeri, oftalmologi dsb. ) yang mana fail inilah yang akan digunakan untuk rujukan membuat laporan perubatan, temujanji dan kemasukan pesakit ke wad. Oleh itu, bagi permohonan untuk lebih dari satu disiplin atau multidisiplin, tempoh penyediaan laporan perubatan tersebut akan mengambil masa yang lebih panjang memandangkan laporan tersebut perlu disiapkan satu persatu oleh pakar/doktor dari disiplin yang berbeza.