Taklimat : Akses Dan Aplikasi Penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Ms Iso 15189

Khamis, 24 Mac 2016 JPMD telah mengadakan taklimat kepenggunaan Sistem Pengurusan Dokumen (SPD) di bawah program MS ISO 15189 kepada semua kakitangan. Taklimat telah diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang bagi membolehkan semua kakitangan hadir dan mendapat maklumat sebagaimana diperlukan oleh pihak jabatan. Taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan, HCTM, PPUKM.

Penganjuran taklimat ini bagi memastikan semua kakitangan yang berkhidmat di JPMD arif serta tahu menggunakan sistem ini. SPD merupakan satu sistem di mana pihak jabatan menyimpan segala dokumen-dokumen kualiti, dokumen rujukan, borang-borang serta minit-minit mesyuarat secara elektronik bagi menggantikan kaedah konvensional sedia ada.
Selain menjimatkan penggunaan kertas dan ruang penyimpanan dokumen, sistem ini sangat mudah untuk dikemaskini dan boleh dicapai di mana-mana sahaja. Justeru, ia memudahkan kakitangan mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan di JPMD dengan mudah dan pantas.
Seramai lebih kurang 150 orang peserta telah menghadiri taklimat ini yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Taklimat telah disampaikan oleh En. Wan Ahmad Shukri selaku salah seorang administrator SPD dan wakil IT Jawatankuasa Dokumentasi JPMD. Syabas dan tahniah kepada pihak Jawatankuasa Dokumentasi JPMD atas penganjuran taklimat ini.
Laporan dan gambar: Siti Hawa Abu Amis