Khidmat Masyarakat : Saringan Kesihatan Kakitangan
PROGRAM KEMASYARAKATAN : SARINGAN KESIHATAN KAKITANGAN
Jumaat, 27 Nov 2015 telah berlangsung satu program saringan kesihatan kakitangan oleh Jabatan Kejururawatan dengan kerjasama Jawatankuasa Etika Kerja JPMD. Program ini merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dilakukan secara berperingkat ke seluruh jabatan di PPUKM oleh kakitangan dari Jabatan Kejururawatan sebagai memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan PPUKM.
Seramai lebih kurang 20 orang jururawat yang terdiri dari pelbagai gred jawatan turut bersama-sama melaksanakan tugasan ini. Antara aktiviti saringan kesihatan yang dilakukan ialah Pengukuran Tekanan Darah, Pengiraan Body Mass Index (BMI) dan Pengukuran tahap gula dalam darah.
Pihak JPMD telah menyediakan 2 lokasi saringan iaitu di Lobi Pejabat JPMD dan di Lobi Makmal Hematologi, JPMD bagi memudahkan kakitangan makmal turut serta dalam aktiviti ini. Sambutan yang diberikan sangat memuaskan dengan kehadiran seramai lebih kurang 70 orang kakitangan JPMD terdiri dari pelbagai gred jawatan.
Hasil saringan mendapati tahap kesihatan kakitangan adalah baik. Namun begitu terdapat sebahagian kecil kakitangan yang memerlukan pemeriksaan lanjut di Klinik-klinik bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Pihak JPMD mengharapkan agar program kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa demi kesejahteraan semua kakitangan di PPUKM.
Laporan dan foto oleh : Siti Hawa Abu Amis




