Penghargaan : Penyampaian Sijil Penghargaan Oleh Pengurusan Ukm Kepada Kumpulan KIK B-MED

Bangi, 25 Jan 2018 – Kumpulan KIK dan 5S telah dijemput ke Majlis Penghargaan daripada Pengurusan Tertinggi UKM diatas kejayaan memenangi EMAS di International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina Pada 24-27 Oktober 2017. Keseluruhan kumpulan yang mewakili negara adalah sebanyak 37 kumpulan. 36 kumpulan telah memenangi EMAS dan 1 kumpulan mendapat Perak. Pusat Perubatan UKM yang terpilih mewakili negara adalah Kumpulan B-MED dari JPMD, Kumpulan ZITRON dari Jab Fisioterapi Perubatan dan Kumpulan 5S Parasit EVO dari Jabatan Parasitologi Perubatan. Sijil penghargaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Pentadbiran UKM iaitu EN ABD RAZAK BIN HUSSIN.

Majlis penghargaan ini dimulakan dengan ucapan tahniah Pengarah Eksekutif Pentadbiran UKM, EN ABD RAZAK BIN HUSSIN dan seterusnya perkongsian ICQCC Manila oleh En Raja Mohamad Bin Raja Zahari mewakili ketiga-tiga kumpulan.

Penghargaan ini amat bermakna bagi kakitangan kerana ia dapat memberi semangat dan galakkan untuk terus bekerja dalam pasukan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti kecemerlangan UKM secara amnya.
Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto : Ahli KIK