Pencapaian : PRODUCTIVITY CHAMPION MPC
Pada 28 Julai 2017 seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik iaitu Cik Nor Azura Rosidi telah menerima pengiktirafan sijil Productivity Champion dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Sijil ini telah disampaikan sendiri oleh Dato` Mohd. Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pengiktirafan ini diberikan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan berkaitan usaha-usaha peningkatan produktiviti sama ada di peringkat organisasi, industri, komuniti atau Negara yang meliputi usaha calon di dalam menjalankan tugas, kepakaran teknikal, kepimpinan, inovasi atau tugas yang signifikan menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti.
Cik Nor Azura Rosidi telah terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Keatif (KIK) jabatan bermula dari tahun 2005 lagi dengan penyertaan dalam kumpulan PERMADI (2005-2006) dan PERMADI 1 (2012-2013) selaku ketua kumpulan.
Cik Nor Azura Rosidi telah dilantik menjadi pengurus KIK Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Beliau juga secara tidak langsung terlibat dengan kumpulan-kumpulan KIK jabatan dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar. Antara kumpulan KIK JPMD yang berada dibawah pengurusan beliau adalah kumpulan B-FACTOR (2014-2015) dan B-MED (2015-2017).

Berikut adalah aktiviti yang disertai oleh beliau dalam usaha-usaha peningkatan produktiviti di UKM DAN PPUKM :
1. 2017 – 2019 – Duta Harta Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. 2017 – 2017 – Penceramah Bengkel Lean Kaizen, PPUKM.
3. 2016 – 2017 – Fasilitator Projek GerakNovasi UKM.
4. 2016 – 2017 – Pengurus Jawatankuasa KIK JPMD PPUKM
5. 2015 – 2017 – Penceramah & Fasilitator Bengkel Kumpulan Inovatif Kreatif PPUKM.
6. 2015 – 2017 – Ahli Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Inovatif Kreatif PPUKM.
7. 2015 – 2017 – Pegawai Program Kawalan Kualiti Six Sigma Unit Makmal Patologi Kimia , PPUKM.
8. 2015 – 2015 – Penceramah Khusus Pemikiran Kreatif PPUKM.
9. 2014 – 2017 – Juruaudit Kualiti Dalaman MS ISO 15189, PPUKM.
10. 2014 – 2017 – Penceramah ( Unit Patologi Kimia ) Program Orentasi Doktor Perubatan Skop Makmal HCTM PPUKM.
Selain itu beliau juga terlibat dalam beberapa penyelidikan sejak dari tahun 2014. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JPMD dalam usaha-usaha peningkatan produktiviti.
Laporan Oleh : Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari (22/08/2017)
