Majlis Pelancaran Abbot Lab Automation System

5 Jan 2024

Pada 7 Disember 2023 Majlis Pelancaran Abbot Lab Automation System telah diadakan bertempat di Auditorium HCTM. Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) mewakili Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Hanita Othman telah melancarkan Abbot Lab Automation System.

Sistem automasi ini adalah merangkumi sistem trek GLP dan analyzer Alinity ci.Sistem trek GLP merupakan gabungan daripada beberapa buah modul berteknologi tinggi yang menawarkan pelbagai pilihan konfigurasi bagi memenuhi keperluan jumlah ujian yang tinggi di makmal. Ia membolehkan pihak makmal mengubahsuai susun atur trek mengikut kesesuaian ruangan makmal sedia ada. Manakala analyzer Alinity ci merupakan sistem bersepadu diantara modul biokimia dan modul immunoassai. Terdapat 3 buah modul Alinity c dan 2 buah modul Alinity i telah ditempatkan di makmal ini dan digabungkan dengan sistem maklumat berintegrasi dan berinformatik, iaitu sistem AlinIQ.

Penyelesaian ini sangat membantu pihak makmal untuk mengekalkan prestasi, meningkatkan kualiti, dan kecekapan mereka bagi menyokong aspirasi hospital untuk memberikan khidmat pesakit yang efisien.

Turut hadir, En Ricardo E Perico, Pengarah Urusan Abbott Laboratories Rantau Asia Timur; Dr Anurag Bhargava, Pengarah Pemasaran Rantau Asia Pasifik; Datin Dr Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi & Sokongan Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani HPKK dan Dr. Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI).

Laporan & Gambar : Ida Mastura

Search

+