Lawatan Pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan UniKL
Selasa, 4 Oktober 2022, Gugusan Mikrobiologi JPMD telah kunjungi oleh pelajar-pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan dari Universiti Kuala Lumpur. Lawatan singkat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan perjalanan perkhidmatan diagnostik di Makmal Mikrobiologi. Lawatan ini terdiri dari 39 orang perlajar termasuk pensyarah Ts Dr Azimah Abdul Wahab. Lawatan ini di pengerusikan oleh Pn Ainihayati Nordin.

