Lawatan Akademik : Jabatan Patologi & Makmal Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pada Tarikh 27 Ogos 2015 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah menerima kunjungan daripada Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan UIAM. Lawatan ini disertai 11 orang yang terdiri daripada Penolong Pengarah Pengajaran Hospital, Pakar Mikrobiologi, Pakar Hematologi, Pakar Patologi Kimia, Pakar Patologi, Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran cara aliran kerja makmal patologi di hospital pengajar UKM dan sebagai persediaan akreditasi MS ISO 15189 yang bakal dihadapi oleh Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan UIAM.

Lawatan ini melibatkan semua makmal diagnostik iaitu Gugusan Mikrobiologi, Gugusan Kajian Darah, Gugusan Kajian Tisu, Gugusan Transfusi Darah dan Bahagian Pengambilan Darah.

Pihak jabatan berbesar hati dengan lawatan Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan UIAM yang sudi menjadikan JPMD sebagai rujukan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
Sekian
Laporan : Abd Hamydy
Foto oleh : Mohd Herman