Lawatan – College of American Pathologists (CAP), USA ke Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD)

21 Sep 2023

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), HCTM telah menerima lawatan daripada College of American Pathologists (CAP), USA dengan kerjasama Biomed Global pada 8 Ogos 2023. Wakil CAP terdiri daripada Ms. Antonia Finlayson International Marketing Manager, International Market Development, College Of American Pathologists, Ms Angra Wang International Region Leader, ASEAN, South Asia and Ocenia, College of American Pathologists dan Ms Warinthorn Thanathananon Technical Specialists ASEAN, Southeast Asia and Oceania, College of American Pathologists.


Lawatan yang julung-julung kali diadakan adalah merupakan kunjungan hormat dan tanda penghargaan daripada agensi ini atas kerjasama di dalam program kawalan kualiti eksternal yang baru diimplementasi di Unit Bakteriologi, JPMD bermula awal tahun ini. Unit Bakteriologi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ramliza Ramli bersama-sama Dr. Zalina Ismail, Dr. Asiah Nordin dan beberapa wakil unit yang lain berkesempatan mengadakan perbincangan dua hala ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan. Pihak CAP juga telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Munirah Md Mansor selaku Ketua JPMD di atas kerjasama ini.
#HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier #UKMSharing

Laporan & Foto oleh : Unit Bakteriologi JPMD

Search

+