Kursus Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT)

11 Oct 2024
9 Oktober 2024 (Rabu)
Kursus Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) telah diadakan pada 9 Oktober 2024 bertempat di Auditorium ASSC . Kursus ini dijayakan oleh  Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JPMD dan JK Latihan JPMD. Seramai 40 orang peserta telah dijemput menghadiri kursus ini. Kursus bermula jam 09.00 pagi – 5.00 petang ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan iaitu Dr Munirah Md Mansor.
Penceramah jemputan bagi kursus ini adalah PBK II Mohd Rozihafizam Bin Othman, Komander Operasi Level 1, Hazmat & CBRNe daripada Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Tun Razak, KL.
Diharap kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan dalam Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Berbahaya.
Laporan & Gambar oleh : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan JK Latihan JPMD

Search

+