KIK : Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Ke-19 UKM
Pada 17 Disember 2014 bertempat di Dewan Kuliah Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Ke-19 Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvensyen ini melibatkan penyertaan daripada 8 kumpulan KIK Universiti Kebangsaan Malaysia mewakili 2 kategori iaitu kategori pengurusan (4 kumpulan) dan teknikal (4 kumpulan).
Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) terus cemerlang dengan penyertaan daripada 2 kumpulan KIK iaitu Kumpulan KIK B-Factor (Kategori Pengurusan) dan Kumpulan KIK Permadi 2 (Kategori Teknikal).
Kumpulan KIK B-Factor dipimpin oleh Pn. Nor Afnizan Mohd Yusof (Fasilitator), Pn. Syakira Sahapani (Ketua Kumpulan) dengan peglibatan 7 orang ahli (Pn. Halijah Mhd. Yunus, Pn. Sh. Aziyanti Syed Razali, Cik Aswida Arman, Pn. Nur Suhaini Ithnin, Cik Nor Khairin Mohammed Alif, En. Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari & En. Shamsul Rezuan Sulaiman) telah dinobatkan sebagai Johan (Kategori Pengurusan) Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Ke-19 Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan ini telah menghasilkan sebuah produk inovasi yang dinamakan‘Quick Reference Guide of Bacterial Identification (QID)’ bagi mengatasi masalah kelewatan keputusan ujian makmal di Unit Bakteriologi.
Manakala Kumpulan Permadi 2 dipimpin oleh Pn. Nor Zuriza Mohd Rais (Fasilitator), Pn. Ainihayati Noordin (Ketua Kumpulan) dengan penglibatan 5 orang ahli (Cik Nur Izyan Othman, Cik Najiah Ajlaa Ayub, Cik Siti Rohana Abdul Rahman, En. Mohd Nor Adzhar Adnan & En. Khairol Iszwan Abdul Kadir) telah berjaya mendapat Tempat Ketiga (Kategori Teknikal) Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Ke-19 Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan ini telah menghasilkan produk inovasi yang dinamakan ‘MT Bag’ dan ‘3T Card’ (Temperature, Transport & Timing) yang dijadikan sebagai rujukan kepada kakitangan PPUKM yang terlibat dalam penghantaran spesimen kritikal ke makmal.
Semoga dengan kemenangan ini dapat menyuntik semangat seluruh kakitangan di JPMD di dalam penghasilan produk-produk inovasi berimpak tinggi di masa akan datang.
Sekian Laporan
Laporan Oleh : Nor Afnizan Mohd Yusof
