Khidmat Masyarakat : Rumah Amal Raudhatul Jannah

30 May 2015

Rumah Amal Raudhatul Jannah
Pada Tarikh 16 Mei 2015 (Sabtu) Program Khidmat Masyarakat yang bertajuk “Projek Harapan Sebuah Senyuman” ini telah di adakan dengan jayanya di rumah anak-anak yatim “Rumah Amal Raudhatul Jannah” , Olak Lempit, Banting, Selangor. Progam ini adalah aktiviti anjuran kakitangan Gugusan Mikrobiologi JPMD PPUKM.  Projek ini merupakan cetusan idea kakitangan En Anuar Abdul Rahman, Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari dan Cik Nur Zalikha Sazali pada tahun 2014, dan telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan  kakitangan Gugusan Mikrobiologi dengan pengumpulan dana dan sumbangan.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Sumbangan utama yang berjaya di sumbangkan adalah berupa 10 buah katil bertingkat dan 20 set tilam (tilam, bantal, cadar, selimut). Sumbangan-sumbangan lain seperti  beg sekolah, alat tulis, kipas angin, buku-buku rujukan dan juga beberapa keperluan  yang lain hasil sumbangan orang perseorangan.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Majlis dirasmikan oleh Encik Mohd Danori Bin Sardi dan sumbanggan di sampaikan kepada Tn. Hj. Zawalajam B. Mashod. Selain sumbangan, program yang di ketuai oleh En Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari bersama jawatankuasanya turut mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan asrama dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dengan membuat aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, motivasi, taklimat kesihatan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Program sehari ini ternyata benar-benar memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan juga warga Gugusan Mikrobiologi JPMD. Tahniah kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini sama ada secara langsung dan tidak langsung, tidak lupa juga kepada Syarikat BMcare, Syarikat Sedi Jaya dan Kedai Perabut Simpang Ampat kerana turut menyumbang dalam program ini . Sekian  Terima kasih

Laman Web Rumah Amal Raudhatul Jannah : http://rumahamalraudhatuljannah.blogspot.com/
Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Search

+