Khidmat Masyarakat : Ombak Rindu 2016 Unit Bakteriologi
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT OMBAK RINDU 2016
UNIT BAKTERIOLOGI, JPMD DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG

Pada 30 Julai 2016, Unit Bakteriologi,JPMD telah menganjurkan program khidmat masyarakat “Ombak Rindu” di Pantai Bagan Lalang, Sepang yang melibatkan 50 orang peserta. Para peserta sampai di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada pukul 9 pagi. Sebelum bermulanya aktiviti, peserta dijamu dengan sarapan pagi yang telah disediakan. Program kemudian telah dirasmikan oleh Puan Roszita Ibrahim selaku Pegawai Sains Kanan bagi mewakili Dr. Hanita Othman selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.
Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membersihkan sekitar kawasan pantai. Segala keperluan untuk melakukan pembersihan telah disediakan seperti plastik sampah, prongkes, pencakar dan sarung tangan. Disamping itu, para peserta turut mengedarkan risalah kesedaran tentang jangkitan kuman kepada orang awam untuk meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan. Aktiviti tamat pada pukul 12 tengahari. Sebelum pulang ke HTCM, peserta telah dijamu dengan makan tengah hari.

Secara keseluruhannya, program ini telah menjadi satu kenangan yang amat berharga kepada semua peserta. Program ini telah memberikan impak yang positif di dalam diri peserta terutamanya mengeratkan ukhuwah antara masyarakat setempat disamping memulihara dan memelihara alam sekitar. Diharap agar program seperti ini akan terus dijalankan melibatkan penjawat awam dengan masyarakat luar.
Laporan Oleh: Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari