Khidmat Masyarakat : Lawatan ke Panti Asuhan Banda Aceh Indonesia

Program Kihidmat Masyarakat di Banda Aceh Indonesia. Wakil kakitangan JPMD telah turut serta dalam Program Khidmat Masyarakat ke Banda Aceh pada 23-25 November 2017. Program ini merupakan anjuran Kelab Kebajikan Jabatan Kewangan PPUKM. Objektif program ini adalah untuk membantu dan memberi dana sumbangan kepada dua buah Panti Asuhan dan juga sumbangan kepada masjid yang terjejas semasa peristiwa Tsunami tahun 2004.
JPMD diwakili oleh En Abd Hamydy Abd Hamid dan En Baharudin Duraba, jumlah peserta adalah seramai 19 dan majoriti adalah kakitangan Kewangan yang diketuai oleh En Sazali Ibrahim.
Selain dari lawatan ke Panti Asuhan dan Masjid, kami juga turut melawat lokasi yang terjejas oleh bencana tsunami, antaranya ialah Bot Atas Rumah dan Kapal Generator Elektrik yang terdampar di darat,
Aktiviti yang dijalankan adalah Gotong Royong membersihkan kawasan di Panti Asuhan Banda Aceh Pusat Bandar. Manakala sumbangan dana disumbangkan kepada Panti Asuhan Banda Aceh Pusat Bandar, Yayasan Panti Asuhan Yatim Piatu BTRG di Ulee Kareng, Masjid Baiturrahim Pantai Ulele dan Masjid Rahmatullah Masjid Pantai Lampuuk. Dana sumbangan ini adalah hasil kutipan dari kakitangan PPUKM oleh kelab kebajikan Kewangan.
Diharap program ini memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim mangsa Tsunami dan ini dan Kariah Masjid yang dilawati.
Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto : Peserta Program



