Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan JPMD 2024
6 Oktober 2024 (Ahad)
Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan JPMD 2025 telah diadakan bertempat di Metro Point, Kajang. Program yang diadakan ini adalah bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan sesama kakitangan Jabatan. JPMD terdiri daripada 18 unit makmal yang memberikan perkhidmatan yang berbeza mengikut sub bidang kepakaran, Oleh itu dengan adanya program seperti ini kakitangan dapat bergaul dan mengenali sesama kakitangan jabatan.

Program ini dijayakan oleh Jawatankuasa Sukan Tenpin Bowling, Dipengerusikan oleh Encik Muhammad Fuad Norzan dan ahli-ahlinya terdiri dari wakil kakitangan dari 18 unit makmal. Program bermula jam 09.30 pagi dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan iaitu Dr Munirah Md Mansor. Tema pakaian program ini adalah rock and roll, retro.

Berikut adalah keputusan pertandingan. Bagi kategori Lelaki johan dimenangi oleh kumpulan Jejaka perasan (Kajin Darah), tempat kedua kumpulan Kulit Kacang (Transfusi Darah) dan tempat ketiga oleh kumpulan Talkin (Kajian Tisu). Manakala bagi kategori Wanita johan dimenangi oleh kumpulan Cinggey (Mikrobiologi), tempat kedua oleh kumpulan Golden girl (Kajian Darah) dan tempat ketiga oleh kumpulan Chempaka Wangi (Kajian Darah). Bagi kategori individu johan lelaki dimenangi oleh En Mohd Nazrul Anuar Bin Ali manakala johan bagi wanita dimenangi oleh Pn. Nurul Azwana Binti Mohd Mustafa.
Program tamat jam 1.00pm. Diharap program seperti ini dapat menyemarakan ukwah dan siraturahim dikalangan kakitangan dari semua peringkat serta memberikan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.
Sekian Laporan
Terima Kasih kepada Barisan Jawatankuasa yang telah menjayakan program ini
Penaung : Dr Munirah Md Mansor (Ketua Jabatan JPMD)
Dr Umi Kalsom Satariah@Ali (Timbalan Ketua JPMD)
Encik Mohd Danori Sardi (Ketua Pegawai Sains JPMD)
Penasihat : Encik Shahril Nizam Ab. Samad
Pengerusi : Encik Muhammad Fuad Norzan
Timbalan Pengerusi : Encik Mohamad Khairol Buang
Setiausaha : Puan Farahida Alias
Bendahari : Puan Norsheila Mazalin
AJK
Protokol : Puan Atikah Maisurah Zamri, Puan Azuriah Aziz
Hadiah : Puan Nor Hidayati Sardi, Puan Aisyah Nurhamidah Zailani
Keselamatan : Encik Aizudin Ramli, Cik Afiqah Aminudin
Teknikal : Encik Shafbari Mohamad Esa, Encik Mohd Amin Ahmad Ltif
AJK GUGUSAN
Kajian Darah : Encik Mohammad Fairuz Mohammad Paiz, Encik Mohamad Tarmizi Md. Rejab
Kajian Tisu : Encik Amirul Shafiq Yusri, Cik Wafaa Shaaudi
Gugusan Mikrobiologi : Encik Mohd Anas Ismail, Encik Abdul Aziz Amran
Transfusi Darah & UPP : Encik Aizudin Al Banna Ramle, Encik Muhamad Firdaus Arsat
Jurugambar : Encik Mohd Izwan Bin Mohd Shamsudin
Laporan Oleh : Puan Farahida Alias
Editor : Encik Abdul Hamydy Bin Abdul Hamid
