Bengkel : Penyediaan Statistik Perkhidmatan

Pada tarikh 24 Mei 2016, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Statistik Perkhidmatan yang bertempat di Makmal Komputer Terabyte Tingkat 5, HCTM, PPUKM.

Objektif bengkel ini adalah memberi kefahaman kepada penyedia analisa data berkenaan pengurusan statistik di JPMD, pembentangan statistik tahunan dan menyeragamkan pengumpulan data serta format yang standard untuk pangkalan data.
Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Statistik Perkhidmatan JPMD ini berharap bengkel ini dapat menghasilkan suatu inovasi penambahbaikkan kepada proses kerja yang lebih lancar dan effisien.
Sekian Terima Kasih
Laporan dan gambar: Abd Hamydy