Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Berdasarkan Skop Akreditasi ISO 15189

Pada tarikh 9 & 10 September 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Berdasarkan Skop Akreditasi ISO 15189 yang bertempat di Makmal Terabyte tingkat 5 Blok Pendidikan PPUKM. Bengkel yang anjurkan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti ini adalah bertujuan memberikan kefahaman kepada kakitangan berkenaan pengurusan kawalan kualiti internal (KKI) dan kawalan kualiti eksternal (KKE) di dalam pengujian makmal. Bengkel ini juga turut memberikan pendedahan asas berkenaan aplikasi QC Six Sigma di dalam interpretasi kawalan kualiti internal (KKI)

Bengkel selama dua hari ini telah disampaikan oleh penceramah dari Hospital Kuala Lumpur iaitu Encik Mohd Jokha Yahya, Ketua Unit Jabatan Kualiti. Bengkel ini dihadiri seramai 44 orang kakitangan dari pelbagai unit-unit perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.
Diharap dengan adanya bengkel ini kakitangan dapat mempertingkatkan lagi pengurusan kualiti bagi mengekalkan prestasi perkhidmatan dan persijilan MS ISO 15189:2014.
Sekian
Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy