Bengkel : Pemantapan Penganalisaan Soalan Kajiselidik

24 Jun 2016

bengkel etika1

Khamis, 2 Jun 2016 Jawatankuasa Etika Kerja dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Penganalisaan Soalan Kajiselidik bertempat di Makmal Komputer Casemix, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM, PPUKM.

Seramai lebih kurang 24 orang Pegawai Etika dan Pegawai Sains telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kakitangan terlibat dalam menganalisa data kajian soalselidik yang dijalankan menggunakan perisian SPSS seterusnya melaporkan hasil kajian yang mantap dan berkualiti.

bengkel etika4 bengkel etika3

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Prof. Dr. Shamsul Azhar Shah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat selaku penceramah pada bengkel tersebut. Sesi pembelajaran sangat interaktif di mana para peserta boleh berinteraksi secara dua hala dan menjalankan penganalisaan ke atas data kajian sebenar yang telah dilaksanakan oleh JPMD sebelum ini.

Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa membangunkan, menganalisa dan melaporkan hasil data soalselidik di masa akan datang.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Abdul Hamydy

Search

+