Bengkel : Pemantapan Kaedah Penghasilan Kajiselidik Yang Berkesan Mengikut Ms Iso 15189

8 Oct 2015

Bengkel Kajiselidik
Pada tarikh 8 Oktober 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kaedah Penghasilan Kajiselidik yang Berkesan Mengikut MS ISO 15189 yang bertempat di Banggunan Pra Klinikal Fakulti Perubatan, HCTM, PPUKM.
Bengkel KajiselidikBengkel Kajiselidik
Bengkel yang anjurkan oleh Jawatankuasa Etika Kerja dan Jawatankuasa Latihan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan panduan tentang teknik-teknik yang diguna pakai di dalam penyediaan borang kaji selidik yang sesuai dan memenuhi MS ISO 15189. Bengkel ini juga bagi meningkatkan kefahaman tatacara menjalankan kaji selidik yang terbaik dan menghasilkan laporan kaji selidik yang berkualiti.

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat iaitu Dr Azmawati Mohammed Nawi yang juga merupakan pakar dan pensyarah dalam bidang Kesihatan Masyarakat. Bengkel ini dihadiri seramai 40 orang kakitangan dari pelbagai unit-unit perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.

Diharap dengan adanya bengkel ini kakitangan dapat mempertingkatkan kaedah penghasilan kajiselidik yang berkesan mengikut keperluan MS ISO 15189.

Sekian

Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Search

+