Bengkel : Menjawab Ketidakpatuhan Audit & Kawalan Ketidakpatuhan Dalam Iso 15189:2014

Selasa,18-19 oktober 2016 Jawatankuasa ISO dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan Dalam MS ISO 15189:2014 bertempat di Auditorium UMBI, PPUKM.

Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan telah menyertai bengkel 2 hari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan Kaedah Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan dalam MS ISO 15189 kepada Juru Audit Dalaman JPMD.

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. En Hasfaniezam Abu Hasan Senior Executive (trainer & Consultant) Quality, Environment, Safety and Health Section SIRIM, selaku penceramah pada bengkel tersebut. Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy