BENGKEL BUSINESS CONTINUITY PLAN (BCP)
16 Januari 2025 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik akan mengadakan Bengkel Business Continuity Plan (BCP). Bengkel ini dijalankan di Bilik Seminar, Tingkat 4 Advance Surgical Skills Centre (ASSC). Antara objektif bengkel adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan seterusnya diaplikasikan dalam perkhidmatan jabatan sebagaimana keperluan Standard ISO 15189:2022 klausa 7.8 Continuity and emergency preparedness planning.


Penceramah jemputan adalah En Abdul Karim Bin Mustafa dari Jabatan Kecemasan. Turut hadir dalam bengkel ini adalah Ketua Jabatan dan Timbalan iaitu Dr Munirah Md Mansor dan Dr Umi Kalsom@Satariah Ali. Diharap bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan dan JPMD dapat menyiapkan BCP yang telah dirancangkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Sekian.
