PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) merupakan salah satu jabatan yang terdapat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

JPMD memberikan perkhidmatan makmal diagnostik kepada HCTM, Pusat Pakar UKM (UKMSC) dan menjadi makmal rujukan kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi juga proses phlebotomi untuk pesakit dari klinik pakar HCTM dan proses pengujian dan pengurusan semua kes-kes kematian di HCTM.

Perkhidmatan 24 jam juga ditawarkan untuk ujian-ujian tertentu bagi memenuhi keperluan perawatan segera dan kritikal.

MISI

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) beriltizam mencapai kecemerlangan untuk memberi perkhidmatan yang profesional dan berteknologi tinggi, berteraskan dalil perubatan, penyelidikan inovatif dan keperluan pelanggan, di samping menjadi pusat rujukan serantau.

VISI

Menjadikan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik sebagai jabatan yang terkehadapan dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mesra pelanggan untuk masyarakat umum.

MATLAMAT JPMD