August 9, 2017
Bengkel : Phlebotomy Training Workshop
Isnin, 24 – 25 Julai 2017 Bahagian Pengambilan Darah JPMD telah menganjurkan ‘Phlebotomy Training Workshop’ selama dua hari bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Pra-klinikal, HCTM, PPUKM. Bengkel ini mensasarkan penyertaan daripada pihak luar PPUKM dan dikenakan bayaran bagi setiap penyertaan. Sasaran penyertaan adalah seramai 20 peserta tetapi terpaksa di buka kepada 30 peserta kerana […]
Read More
June 20, 2017
Majlis Tadarus Al-Quran
Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran JPMD Selasa, 20 Jun 2017 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM telah menganjurkan majlis Tadarus...
Read More
January 3, 2017
Khidmat Masyarakat : Ombak Rindu 2016 Unit Bakteriologi
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT OMBAK RINDU 2016 UNIT BAKTERIOLOGI, JPMD DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG Pada 30 Julai 2016, Unit Bakteriologi,JPMD telah menganjurkan program khidmat masyarakat “Ombak Rindu” di Pantai Bagan Lalang, Sepang yang melibatkan 50 orang peserta. Para peserta sampai di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada pukul 9 pagi. Sebelum bermulanya aktiviti, peserta dijamu dengan […]
Read More
November 1, 2016
Taklimat : Penggunaan Alat Pemadam Api
Pada 31 Oktober 2016, Satu taklimat penggunaan alat pemadam api telah dijalankan oleh Unit Penyediaan Media JPMD bertempat di makmal Penyediaan Media dan demonstrasi penggunaan telah diadakan di ruang pakir. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Sukeri Kasni selaku Pegawai Insiden JPMD. Fokus utama taklimat ini adalah sebagai proses pembelajaran berterusan kepada kakitangan. Objektif utama taklimat […]
Read More
October 18, 2016
Bengkel : Menjawab Ketidakpatuhan Audit & Kawalan Ketidakpatuhan Dalam Iso 15189:2014
Selasa,18-19 oktober 2016 Jawatankuasa ISO dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan Dalam MS ISO 15189:2014 bertempat di Auditorium UMBI, PPUKM. Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan telah menyertai bengkel 2 hari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan Kaedah Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan […]
Read More
October 13, 2016
Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif
Rabu,12 oktober 2016 Jawatankuasa Jaminan Kualiti dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif Berlandaskan MS ISO 15189:2014 bertempat di Bilik Seminar Jabatan Patologi, Tingkat 15, Banggunan Praklinikal, PPUKM. Seramai lebih kurang 40 orang kakitangan telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan pengurusan kawalan […]
Read More
June 24, 2016
Bengkel : Pemantapan Penganalisaan Soalan Kajiselidik
Khamis, 2 Jun 2016 Jawatankuasa Etika Kerja dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Penganalisaan Soalan Kajiselidik bertempat di Makmal Komputer Casemix, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM, PPUKM. Seramai lebih kurang 24 orang Pegawai Etika dan Pegawai Sains telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan […]
Read More
June 24, 2016
Kerohanian : Majlis Tazkirah Ramadhan
Isnin, 23 Mei 2016 Satu Program Kerohanian telah berjaya dilaksanakan di JPMD bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan pada 6 Jun 2016. Ceramah telah diadakan di ruang legar Pejabat JPMD. Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohammad Afandi Che Harun iaitu Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM bagi menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhirku’. Program […]
Read More
June 8, 2016
Lawatan Akademik : Pusat Pengajian Sains Diagnostik Dan Kesihatan Gunaan (FSK UKM)
Pada 18hb Mei 2016, pihak JPMD telah menerima kunjungan rasmi daripada pelajar Program Sains Forensik iaitu seramai 22 orang yang diketuai oleh Dr. Seri Pawita Albakri Amir Hamzah serta dibantu oleh 2 kakitangan daripada Fakulti Sains Kesihatan (UKM). Tujuan lawatan adalah untuk memberikan para pelajar pendedahan awal tentang prinsip patologi asas, analisa diagnosis dan penyakit. […]
Read More
May 25, 2016
Taklimat : Akses Dan Aplikasi Penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Ms Iso 15189
Khamis, 24 Mac 2016 JPMD telah mengadakan taklimat kepenggunaan Sistem Pengurusan Dokumen (SPD) di bawah program MS ISO 15189 kepada semua kakitangan. Taklimat telah diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang bagi membolehkan semua kakitangan hadir dan mendapat maklumat sebagaimana diperlukan oleh pihak jabatan. Taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan, […]
Read More
May 24, 2016
Bengkel : Penyediaan Statistik Perkhidmatan
Pada tarikh 24 Mei 2016, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Statistik Perkhidmatan yang bertempat di Makmal Komputer Terabyte Tingkat 5, HCTM, PPUKM. Objektif bengkel ini adalah memberi kefahaman kepada penyedia analisa data berkenaan pengurusan statistik di JPMD, pembentangan statistik tahunan dan menyeragamkan pengumpulan data serta format yang standard untuk pangkalan data. […]
Read More
May 16, 2016
Lawatan Akademik : Pelajar Sarjana Muda Doktor Perubatan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pada 28 April 2016, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menerima kunjungan daripada pelajar Sarjana Muda Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM seramai 55 orang diketuai oleh Prof. Dr. Shaik Alaudeen Mohd Moktar, Ketua Jabatan Praklinikal, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM. Tujuan lawatan akademik ini ialah untuk melihat perkhidmatan diagnostik di Unit […]
Read More
