June 8, 2016

Lawatan Akademik : Pusat Pengajian Sains Diagnostik Dan Kesihatan Gunaan (FSK UKM)

Pada 18hb Mei 2016, pihak JPMD telah menerima kunjungan rasmi daripada pelajar Program Sains Forensik iaitu seramai 22 orang yang diketuai oleh Dr. Seri Pawita Albakri Amir Hamzah serta dibantu oleh 2 kakitangan daripada Fakulti Sains Kesihatan (UKM). Tujuan lawatan adalah untuk memberikan para pelajar pendedahan awal tentang prinsip patologi asas, analisa diagnosis dan penyakit. […]
Read More
May 25, 2016

Taklimat : Akses Dan Aplikasi Penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Ms Iso 15189

Khamis, 24 Mac 2016 JPMD telah mengadakan taklimat kepenggunaan Sistem Pengurusan Dokumen (SPD) di bawah program MS ISO 15189 kepada semua kakitangan. Taklimat telah diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang bagi membolehkan semua kakitangan hadir dan mendapat maklumat sebagaimana diperlukan oleh pihak jabatan. Taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan, […]
Read More
May 24, 2016

Bengkel : Penyediaan Statistik Perkhidmatan

Pada tarikh 24 Mei 2016, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Statistik Perkhidmatan yang bertempat di Makmal Komputer Terabyte Tingkat 5, HCTM, PPUKM. Objektif bengkel ini adalah memberi kefahaman kepada penyedia analisa data berkenaan pengurusan statistik di JPMD, pembentangan statistik tahunan dan menyeragamkan pengumpulan data serta format yang standard untuk pangkalan data. […]
Read More
May 16, 2016

Lawatan Akademik : Pelajar Sarjana Muda Doktor Perubatan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Pada 28 April 2016, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menerima kunjungan daripada pelajar Sarjana Muda Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM seramai 55 orang diketuai oleh Prof. Dr. Shaik Alaudeen Mohd Moktar, Ketua Jabatan Praklinikal, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM. Tujuan lawatan akademik ini ialah untuk melihat perkhidmatan diagnostik di Unit […]
Read More
May 10, 2016

CME : Ujian Pengesanan Antigen Cryptococcus LFA (lateral flow assay)

Pada tarikh 19 April 2016, Unit Mikologi Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan CME Ujian Pengesanan Antigen Cryptococcus menggunakan teknik LFA (lateral flow assay) yang bertempat di Makmal Siswazah Mikrobiologi Tingkat Basement, HCTM, PPUKM. Objektif  CME ini adalah penukaran kaedah pengujian yang Pengesanan Antigen Cryptococcus  dari lateks aglutinasi kepada LFA (lateral flow assay). Sasaran CME […]
Read More
February 16, 2016

Khidmat Masyarakat : Bengkel KBAT UPSR 2016 (Sains & Matematik)

Sabtu, 6 Feb 2016 telah berlangsung satu bengkel berteraskan pendidikan oleh Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 (SKTM2) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, PPUKM. Penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar tentang teknik menjawab soalan yang lebih berkesan dan efektif terutama soalan yang berunsur kemahiran berfikir aras […]
Read More
December 31, 2015

Khidmat Masyarakat : Saringan Kesihatan Kakitangan

PROGRAM KEMASYARAKATAN : SARINGAN KESIHATAN KAKITANGAN Jumaat, 27 Nov 2015 telah berlangsung satu program saringan kesihatan kakitangan oleh Jabatan Kejururawatan dengan kerjasama Jawatankuasa Etika Kerja JPMD. Program ini merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dilakukan secara berperingkat ke seluruh jabatan di PPUKM oleh kakitangan dari Jabatan Kejururawatan sebagai memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan […]
Read More
November 11, 2015

Bengkel : Pembentangan KPI TAT JPMD

Pada tarikh 11 November 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pembentangan KPI TAT Jabatan yang bertempat di Dewan Kuliah 1, HCTM, PPUKM. Bengkel yang anjurkan oleh JawatanKuasa Jaminan Kualiti ini adalah bertujuan Penambahbaikan Perkhidmatan. Antara objektif bengkel ini adalah meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai Kawalan Ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan. Penerangan dan pendedahan […]
Read More
October 31, 2015

Khidmat Masyarakat : Zoo Negara Malaysia 2015

PROGRAM KEMASYARAKATAN : ZOO NEGARA MALAYSIA 2016 Pada tarikh 31 Oktober 2015 (Sabtu) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah mengadakan satu program khidmat masyarakat bertempat di Zoo Negara Malaysia, Hulu Kelang, Ampang Selangor. Program ini telah disertai oleh 33 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Progam ini adalah aktiviti anjuran Bahagian Pentadbiran AM dan Unit Patologi Kimia JPMD […]
Read More
October 29, 2015

Bengkel : Pengukuhan & Penambahbaikan Perkhidmatan Unit Biologi Molekul

Pada tarikh 28 & 29 Oktober 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan & Penambahbaikan Perkhidmatan Unit Biologi Molekul yang bertempat di Banggunan Pra Klinikal Fakulti Perubatan, HCTM, PPUKM. Bengkel yang anjurkan oleh Unit Biologi Molekul ini adalah bertujuan Penambahbaikan Perkhidmatan. Antara objektif bengkel ini adalah memberikan penerangan dan pendedahan kepada kakitangan […]
Read More
October 8, 2015

Bengkel : Pemantapan Kaedah Penghasilan Kajiselidik Yang Berkesan Mengikut Ms Iso 15189

Pada tarikh 8 Oktober 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kaedah Penghasilan Kajiselidik yang Berkesan Mengikut MS ISO 15189 yang bertempat di Banggunan Pra Klinikal Fakulti Perubatan, HCTM, PPUKM. Bengkel yang anjurkan oleh Jawatankuasa Etika Kerja dan Jawatankuasa Latihan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan panduan tentang teknik-teknik yang diguna pakai di dalam penyediaan […]
Read More
September 15, 2015

Lawatan Akademik : Jabatan Patologi & Makmal Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pada Tarikh 27 Ogos 2015 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah menerima kunjungan daripada Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan UIAM. Lawatan ini disertai 11 orang yang terdiri daripada Penolong Pengarah Pengajaran Hospital, Pakar Mikrobiologi, Pakar Hematologi, Pakar Patologi Kimia, Pakar Patologi, Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran cara […]
Read More