Lawatan Akademik : Pakar Perubatan dan Kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bangladesh

Pada Tarikh 20 Ogos 2015 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah menerima kunjungan daripada satu deligasi Pakar Perubatan dan Kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bangladesh seramai 16 Orang. Lawatan ini adalah bagi sesi latihan bagi program “International Traning on Management and Preventation of Lung, Colon and Prostate Cancer for Universal Health Coverage” yang diadakan di Pusat Perubatan UKM. Latihan ini berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 8 – 24 Ogos 2015.

Lawatan ini melibatkan 4 buah unit makmal di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik iaitu Makmal Unit Patologi Kimia, Makmal Histopatologi, Makmal Unit Sitogenetik dan Makmal Unit Sitopatologi. Lawatan dan penerangan untuk deligasi ini telah diiringi oleh Pegawai Sains Kanan Pn Roszita Ibrahim dan dibantu oleh Pengurus Makmal dan Pegawai Sains Unit yang terlibat.
Pihak jabatan berbesar hati dengan lawatan Deligasi Pakar Perubatan dan Kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bangladesh ini dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
Sekian
Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy