Lawatan Penandaarasan Unit Pengujian Perubatan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standards Malaysia (JSM) Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Ke Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM.
7 Mac 2024 (Khamis)
Lawatan penandaarasan seramai empat (4) orang pegawai yang diketuai puan Fariza Abdullah, Ketua Penlong Pengarah Kanan, Unit Pengujian Perubatan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standards Malaysia (JSM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) HCTM pada hari ini.
Turut menyambut kehadiran pelawat adalah Dr. Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan, Prof Madya Dr. Suria Hayati Md Pauzi, Ketua Unit Sitopatologi dan Dr. Azyani Yahya mewakili Ketua Unit Hostopatologi serta kakitangan JPMD.

Objektif lawatan bertujuan meningkatkan pembangunan kapasiti pegawai JSM dalam bidang histopatologi dan sitopatologi sebagai pemudahcara proses penilaian akreditasi ISO 15189.

Pelawat turut dibawa melawat ke makmal histopatologi dan sitopatologi selepas sesi perbincangan bagi melihat lebih dekat perkhidmatan yang dijalankan di JPMD HCTM.
