Program Sanggar Kerja JPMD 2023
Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), HCTM telah menganjurkan Program Sanggar Kerja JPMD 2023 yang bertempat di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang pada 6-8 Oktober 2023. Program 3 hari 2 malam ini adalah bertujuan memantapkan perkhidmatan JPMD.
Turut hadir Dr. Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Diharap program seperti ini dapat memupuk budaya kerja yang baik dan semangat kerjasama dikalangan pekerja disamping meningkatkan perkhidmatan JPMD.
