PROGRAM JPMD PRIHATIN 2022

24 Jan 2022

Jumaat, 21 Jan 2022  Tragedi banjir yang melanda Lembah Klang pada tanggal 20 Disember 2021 meninggalkan kesan kepada mereka yang dilanda musibah ini. Banyak kawasan telah terjejas dan ditenggelami air. Proses bantuan dari segi pembersihan telah dijalankan sama ada oleh pihak berkuasa tempatan mahupon sukarelawan tanpa mengira jantina dan bangsa.

Pihak HCTM amnya dan JPMD khususnya telah bekerjasama menubuhkan kumpulan bantuan tenaga kerja pembersihan yang dinamakan ‘Team Relief’  ke rumah-rumah kakitangan terjejas dengan bencana ini untuk tujuan pembersihan tempat kediaman. Sementara itu, pihak Jawatankuasa Etika Kerja JPMD pula telah menubuhkan Tabung Prihatin bagi mengumpulkan sumbangan berbentuk wang ringgit, makanan, pakaian dan barang keperluan untuk disalurkan kepada kakitangan JPMD yang berkenaan. Sumbangan diperolehi daripada Pakar atau Pensyarah Perubatan dan semua kakitangan yang berkhidmat di JPMD. Sebahagian sumbangan ini telah digunakan untuk membiayai pembelian perkakasan pembersihan dan makanan sukarelawan bertugas.

Program ringkas serahan sumbangan berupa wang tunai kepada kakitangan JPMD yang terkesan dengan musibah banjir ini telah dilaksanakan secara ringkas di Lobi Gugusan Mikrobiologi, JPMD Sumbangan telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Jabatan iaitu Dr. Munirah Mansor diiringi oleh beberapa pegawai kanan seperti Ketua Pegawai Sains, Ketua Pengurus Makmal, Pengurus Makmal dan beberapa ahli Jawatankuasa Etika Kerja JPMD. Seramai 11 orang kakitangan telah mendapat manfaat daripada program ini. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu serba sedikit kepada penerimanya.

Pihak jawatankuasa penganjur ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan yang diberikan dalam program ini sama ada berbentuk tenaga kerja, barangan mahupon wang ringgit.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Album Program Prihatin JPMD

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+