Q&A : High Quality Method Laboratory

25 Jan 2015

Westgard
Pada tarikh 29 Oktober 2014, Telah berlangsung Q&A Lunch Talk  Seminar yang bertajuk “Using High Quality Methods to distinguish Your Laboratory Advance Your Operations And  Assure Your Patient”  yang bertempat di Auditorium Pusat Perubatan UKM.  Seminar yang di anjurkan oleh Unit Patologi Kimia JPMD dengan kerjasama Syarikat ABBOTT Diagnostics ini sangat bermanfaat kepada kakitangan makmal yang terlibat secara langsung dalam analisis data.
Westgard Westgard
Penceramah khas dibawa oleh pihak ABBOTT Diagnostics adalah Sten Westgard (Director of Client Services & IT Westgard QC Inc) anak kepada Dr. James O. Westgard yang merupakan Pakar QC Antarabangsa (“Westgard Rules”).
Westgard Westgard
Dalam seminar selama 2 jam ini, kakitangan telah dapat berbincang dan memahami tentang penggunaan Westgard Rule dan kaedah Metric Sigma.  Penggunaan Lean, Six Sigma dan Westgard Rule secara bersama merupakan kaedah terbaru dan agak terkini dalam analisis QC ujian-ujian makmal.  Kemampuan sesuatu analisis QC mencapai tahap Six Sigma merupakan suatu pencapaian yang terbaik dalam Pengurusan QC sesuatu analisis ujian. Six Sigma boleh ditakrifkan sebagai pendekatan pengurusan yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan dengan sistematik untuk mengurangkan variasi dan dengan itu menghapuskan kecacatan dalam penawaran produk dan perkhidmatan.

Diharap dengan penggunaan kaedah ini Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan Pusat Perubatan UKM di masa hadapan.

Sekian Laporan

Laporan Oleh : Abd Hamydy Abd Hamid
Foto Oleh : Mohd Iszuan Ramli

Search

+