Bengkel : Pengurusan Risiko

Pada tarikh 19-20 November 2014, Telah berlangsung satu Bengkel Pengurusan Risiko JPMD yang bertempat di Advance Surgical Skill Centre (ASSC) Pusat Perubatan UKM. Bengkel yang di anjurkan oleh Jabatan ini bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran terhadap Keselamatan Kesihatan Pekerjaan di kalangan kakitangan makmal.
Bengkel ini turut mengetengahkan isu-isu berkaitan hazad dan pencegahan kemalangan bahan kimia, Pengurusan simpanan bahan kimia, Pengurusan sisa untuk mengurangkan kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Bengkel ini juga dapat memberikan pemahaman dan membantu kakitangan Jabatan untuk mengimplementasikan dengan lebih baik dan efektif Pengurusan Kesihatan Pekerjaan dan juga Pengurusan Risiko.
Penceramah jemputan untuk bengkel ini adalah Dr Raja Elina Raja Aziddin (Senior Biochemist & Head Unit of Drug Laboratory , Dept Pathology HKL) dan Pn Chee Bee Chin (Coordinator & speaker of Occupational Safety and Health, Head Unit of Biochemical Genetics, Dept Genetics HKL).
Diharap bengkel ini dapat memberikan kefahaman yang tinggi dan jelas kepada kakitangan dan dapat membuat Pengurusan Risiko yang lebih baik dan efektif selaras dengan akreditasi MS ISO 15189:2014.
Sekian Laporan
Laporan Oleh : Abd Hamydy Abd Hamid
Foto Oleh : Abd Hamydy Abd Hamid

